Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman mengucapkan rasa syukur selepas bebas daripada hukuman penjara dan dibenarkan pulang dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Dalam Proses Terbit Buku Autobiografi, Peminat Teruja & Beri Kata-Kata Semangat
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Lebih 4 Tahun, Yasin Sulaiman Dibenarkan Pulang Dari Hospital Bahagia’ – Akbar Azmi
Perkembangan terkini

Ketika ditemui , Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, memaklumkan dirinya kini sibuk menjalani kehidupan seharian dengan kerjaya dan aktiviti bersama keluarga.
Alhamdulillah seminggu ini sangat sibuk.
Saya kembali setelah empat tahun, jadi banyak benda yang hendak diselesaikan terutama dengan keluarga dan kerja-kerja di studio saya.
Dalam masa sama, Yasin turut mengimbas kembali detik getir semasa dipenjara dengan menyifatkan pengalaman itu di antara fasa terburuk yang pernah dilaluinya dalam hidup.
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, ini adalah pengalaman yang paling teruk saya pernah lalui.
Saya dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara dan kalau benda tu hari tu menjadi kenyataan, saya akan ada dalam penjara sehingga umur saya 80.
Penjara adalah tempat yang teruk. Sangat kotor dan ganas. Ketika pemeriksaan keselamatan, kita boleh diminta berbogel dan melakukan ketuk ketampi. Jadi, jangan masuk penjara.
Yasin juga menzahirkan penghargaan kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kerana menandatangani pengampunan pembebasannya.
Akhirnya, seiring dengan Hari Kemerdekaan negara, Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menandatangani perintah pembebasan saya. Saya bersyukur dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Bukan pembebasan awal tetapi saya mengikut prosedur, tidak ada laluan mudah. Maknanya pihak hospital berpuas hati dengan rawatan saya dan saya sudah stabil.
Yasin berkata demikian ketika ditemui semasa pementasan teater Mansur & Liu di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, pelantun Mimpi Laila itu berkata, dia masih perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan meskipun kini bebas.
Saya masih bergantung ubat. Syarat-syarat untuk keluar daripada Hospital Bahagia ada dua.
Pertama, tak boleh tinggalkan ubat sehingga ke penghujung hayat dan kedua, tak boleh terlibat dengan kanabis lagi.
Terdahulu, Yasin dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Untuk rekod, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Yasin dan mengetepikan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan terhadapnya.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan diarahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin selepas dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
The post [VIDEO] ‘Tak Dapat Digambarkan Dengan Kata-Kata, Berada Di Penjara Adalah Pengalaman Paling Teruk Saya Lalui’ – Yasin Sulaiman first appeared on OHBULAN!.





