26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Terkilan Sebab Tak Dapat Mandi, Kafankan & Peluk Arwah’ – Fad Bocey Rindu Abam

    Shopee Sale



    Pelawak Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey dan mengakui kehilangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. 

    ‘Mustahil kami tak rindu arwah’

    " data-video-id="7483506293165100289">
    @zhiddinazizzSebalik karpet, ia berkaitan sahabat Rasulullah SAW yang dijanji syurga. Kisah dua insan yang bernama Talhah ini saling berkaitan, satu dengan kisah telaganya, satu lagi dengan kisah pengorbanannya. Kedua-dua Talhah ini saling berkaitan bukan kerana mempunyai nama yang sama, tapi kerana sifat memberi tanpa mengharap balasan, demi agama yang mereka cinta.? original sound – zhiddinaziz

    Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 35,  berkata kehilangan Abam bukanlah sesuatu yang mudah dilupakan malah sehingga kini masih ada peminat yang mengirimkan mesej meluahkan rasa rindu terhadap arwah.

    Kenangan pahit yang semua orang akan lalui, hilang orang yang kita sayang. Kehilangan Abam, kesan dia sampai ke hari ini. Orang ada DM beritahu yang mereka rindukan arwah.

    Kadang-kadang bila ada yang tanya saya tak rindu Abam ke, saya rasa itu soalan yang tak masuk akal, saya dan Achey tak perlu jawab pun. Mustahil kami tak rindu arwah.

    Tapi ada satu ayat Achey buat aku terfikir, dia cakap ‘Sebenarnya aku tak nak ingat pun berapa tahun dia pergi, supaya rindu tu akan terus sama.

    ‘Tak dapat mandi, kafankan dan peluk arwah’

    Selain merindui arwah, Fad juga tidak dapat melupakan satu perkara yang masih ‘menghantui’ dirinya sehingga ke hari ini apabila tidak dapat berada di sisi Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey pada saat-saat terakhir.

    Kemudian kenangan pahit bila saya tak dapat bersama-sama dengan adik beradik, orang yang sama-sama susah sampai saya berada di sini sekarang tapi sampai hari terakhir dia (Abam) menghadap Ilahi, saya tak dapat ada dengan dia.

    Saya hanya mampu mendoakan, saya tak dapat mandi, kafankan dan peluk arwah. Benda tu akan terus terbuku dalam hati yang saya rasa terkilan.

    Untuk rekod, Abam adalah salah seorang anggota kumpulan Bocey yang turut dianggotai Fad dan Achey.

    MENARIK:  Ikmal Amry Kenang Jasa Baik Aedy Ashraf – ‘Aku Menangis, Dia Selit RM50 Bawah Dompet’

    Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dan meninggalkan isteri, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 32, serta seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang ketika itu berusia lima bulan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah