32.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tak Upah Pengasuh, Yonnyboii ‘Senyap’ Sebab Mahu Fokus Besarkan Anak – ‘Kurang Percaya Sikit Dengan Orang Luar’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Yonnyboii mendedahkan dirinya kini banyak bekerja di belakang tabir selepas menimang cahaya mata, dua tahun lalu.

    Nak beri fokus pada anak

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? ? ? ? ? ? (@niknazira)

    Ketika ditemui , pemilik Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini berkata, dia mahu meluangkan sebanyak mungkin masa bersama anaknya yang kini sudah berusia setahun sembilan bulan.

    Selama setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya.

    Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya.

    Sekarang bila dia dah besar sikit, adalah juga sedikit masa untuk saya berkarya.

    Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia.

    Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindu.

    Yonnyboii berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Latihan Pestapora yang diadakan di The Campus, Ampang, pada Rabu.

    Tak ada pengasuh

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Salahku’ ini mengakui berdepan dengan satu cabaran yang berbeza sejak bergelar ayah namun bersyukur kerana mempunyai isteri dan mak mentua yang banyak membantu.

    Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan.

    Ianya menyeronokkan dan saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.

    Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya.

    Ketika ditanya adakah dirinya ada mengupah pengasuh, Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri melakukan semuanya sendiri kerana tidak begitu mempercayai orang luar.

    Kalau ada ‘show’ di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar.

    Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.

    Sebab banyak sangat isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes orang yang jaga tak betul.

    Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri.

    Untuk rekod, Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira Narriman mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 selepas mengikat tali pertunangan selama sebulan.

    MENARIK:  Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Happy Birthday’ Buat Ruhainies, Mohon Maaf Atas Apa Yang Berlaku – ‘Semoga Dikurniakan Kebaikan Pada Hari Istimewa Awak’

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah