Pelakon Shukri Yahaya berkongsi momen dirinya mengalami kecederaan di bahagian belakang badan ketika menjalani penggambaran babak letupan bagi filem terbaharunya, Chelot.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hello Malaysia’ – Hantaran Jericho Rosales Bikin Peminat Teruja, Netizen Usik Kembar Shukri Yahaya
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Nasihat Pelakon Baharu Tidak Memilih Naskhah – ‘Berlakon Dalam Drama Belajar Banyak Perkara’
Cedera masa penggambaran

Ketika ditemui , Shukri memaklumkan insiden itu berlaku ketika menjayakan babak ‘one-take’ yang dipercayai berpunca daripada kesilapan sama ada di pihaknya sendiri atau pasukan yang mengendalikan bahan letupan.
Menurut Shukri, penggambaran tetap diteruskan meskipun bahagian belakang badannya melecur akibat letupan tersebut sebelum dia dibawa ke hospital sebaik sahaja babak berkenaan selesai.
Ada cedera di beberapa tempat.
Ada terjadi satu insiden masa one take. Mungkin ini kesalahan manusia ketika saya sedang buat babak berlari.
Mungkin datang daripada kesalahan saya atau dari pasukan itu sendiri.
Letupan itu terkena belakang badan saya. Walaupun dah kena, kami tetap teruskan penggambaran sebab one take.
Kita dah separuh jalan dan melibatkan ramai orang. Habis saja babak itu, saya dibawakan ke hospital.
Shukri berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan pelakon dan pelancaran poster filem Chelot yang berlangsung di Bungalow 37, pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai kecederaan dialaminya, Shukri menjelaskan serpihan kaca daripada letupan itu menembusi bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan kulitnya koyak.
Bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan keadaannya kini semakin baik susulan tindakan segera daripada pihak produksi yang membawanya mendapatkan rawatan di hospital.
Kecederaan itu buat belakang badan saya melecur. Bahan letupan itu pecah dan kaca masuk dalam badan.
Ketika itu saya pakai sut tapi tetap tembus dalam badan. Saya tidak dijahit tapi ada koyak.
Tapi sekarang alhamdulillah dah okey.
Filem Chelot yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Nadhir Nasar bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 27 Ogos ini.
The post [VIDEO] Shukri Yahaya Cedera Ketika Babak Letupan, Serpihan Kaca Tembusi Belakang Badan Hingga Koyak – ‘Sebab One-Take Kita Teruskan Juga’ first appeared on OHBULAN!.





