34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tak Perlu Panik! Ini Jawapan Selamat Bila Ditanya ‘Kenapa Berhenti Kerja?’

    Shopee Sale

    Soalan mengenai sebab meletak jawatan merupakan antara ‘soalan perangkap’ yang paling kerap ditanya oleh majikan semasa sesi temu duga.

    Artikel Berkaitan: Bantuan Warga Emas 2026! Semak Kelayakan & Cara Permohonan

    MENARIK:  Kongsi Foto ‘Ultrasound’ Di TikTok, Kieda Crepe Bakal Timang Cahaya Mata Kembar Tiga?

    Artikel Berkaitan: UPU Online Sesi 2026/2027: Tarikh Penting Buat Pelajar Lepasan SPM, STPM & Setaraf

    Soalan ‘trick’

    " data-video-id="7402979635488754951" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kerjazz

    Jangan overshare & trauma dump time interview😭☝🏻 #kerjazz #foryou #malaysia #fypシ゚viral #kerja #worklife #interview #trending #malaysiatiktok #xybca #tipsinterview #fyppppppppppppppppppppppp

    ♬ original sound – Adalyna – Kerjazz

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok Kerjazz, tujuan utama majikan mengajukan soalan sedemikian adalah untuk menilai karakter sebenar calon.

    Ujarnya lagi, melalui jawapan yang diberikan, majikan cuba mengenal pasti sama ada individu itu seorang yang profesional atau bakal membawa pengaruh negatif kepada syarikat mereka.

    Ini sebenarnya soalan ‘trick’ yang majikan selalu guna semasa sesi temuduga untuk tengok awak jenis pekerja macam mana.

    Sama ada, syarikat lama itu toksik atau awak yang toksik.

    Jadi awak kena pastikan jawapan yang diberikan itu professional dan apa yang perlu jawab sebenarnya simple.

    Jelasnya lagi, antara alasan yang paling kukuh adalah dengan menyatakan keinginan untuk mengembangkan potensi diri serta meneroka peluang baharu dalam kerjaya.

    Pertama, boleh cakap yang awak nak fokus untuk kembangkan diri dan cuba cari peluang baru.

    Boleh juga kata nak try cabaran baru untuk asah lagi skill and knowledge yang dah memang ada.

    Jangan burukkan majikan terdahulu

    Selain itu, calon digalakkan untuk menonjolkan keterujaan terhadap peluang yang ditawarkan dengan menjelaskan bagaimana peranan tersebut selari dengan minat mendalam serta hala tuju strategik kerjaya.

    Yang kedua pula, awak boleh cakap berdasarkan point yang pertama tadi.

    Tunjukkan betapa ‘excited’ untuk peluang baru ini sebab memang dah selari dengan minat dan matlamat kerjaya awak.

    Seterusnya, adalah penting untuk menghargai pengalaman lalu dengan menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan di syarikat terdahulu telah menjadi platform pembelajaran yang berharga.

    Last sekali, awak boleh explain macam mana pengalaman dekat previous company itu dah ajar banyak benda dan boleh apply dekat company baru.

    So, awak ada banyak lagi value yang boleh offer.

    Ujarnya, apabila berdepan soalan seperti ini, elakkan sama sekali memburukkan majikan lama sebagai alasan untuk berhenti kerja.

    Lepas ini dapat soalan begini, janganlah korang pergi mengutuk majikan lama untuk justify reason awak resign.

    Sebab benda itu akan beri bad impression dekat awak dan company itu mungkin akan nampak awak sebagai ‘red flag’.

    Sumber: TikTok Kerjazz

    The post [VIDEO] Tak Perlu Panik! Ini Jawapan Selamat Bila Ditanya ‘Kenapa Berhenti Kerja?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah