Penyanyi Hazama menjelaskan bahawa pilihannya berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Cina bukan kerana faktor budaya atau bangsa, sebaliknya kerana keserasian peribadi dan pandangan hidup.
Artikel Berkaitan: Hazama Guna Duit Simpanan IVF Untuk Album, Raih Enam Pencalonan Di AIM24 – ‘Berbaloi Saya Gadaikan’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Diberikan Bekalan Yang Cukup Untuk Bertahan Dalam Industri’ – Hazama
Perbezaan budaay tidak ketara
View this post on Instagram
Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, pemilik nama Hazama Ahmad Azmi, 41, menjelaskan bahawa perbezaan sebenar yang menjadi penghalang ialah dari segi agama sahaja.
Manakala perbezaan budaya tidak begitu ketara kerana hanya berbeza dari segi bahasa.
Ramai yang tanya kenapa saya memilih untuk berkahwin dengan wanita berbangsa Cina.
Bagi saya tiada apa yang menghalang kita walaupun berbeza bangsa, tetapi yang membezakan adalah pandangan dan pegangan agama yang boleh menjadi halangan utama.
Cari yang kita perlu

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Di Amaran Mama’ itu menyifatkan isterinya banyak membantunya menjadi individu yang lebih positif dalam kehidupan seharian.
Bila saya berbual dengan isteri saya, dia banyak ubah saya menjadi seorang yang lebih positif.
Sebenarnya, perbezaan budaya antara kami tidak begitu ketara.
Yang paling jelas bezanya hanyalah dari segi bahasa.
Selain itu, dia menjelaskan bahawa dalam mencari pasangan, bukan sekadar mencari orang yang dicintai, sebaliknya mencari seseorang yang diperlukan.
Saya pilih isteri saya, bukan kerana ingin mencari seseorang yang saya cinta, tetapi seseorang yang benar-benar saya perlukan dalam hidup.
Mungkin pada awalnya bukan kerana cinta yang mendalam, tetapi saya menyayanginya.
Bagi saya, cinta hanyalah permulaan, manakala sayang pula adalah penghujung yang lebih bermakna.
Cinta belum tentu membawa kepada sayang, tetapi tanpa sayang, cinta itu sendiri tidak memberi makna.
Sayang itulah yang mampu kekal dan bertahan dalam jangka masa panjang.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Tak Nak Cari Orang Saya Cinta, Tapi Cari Orang Yang Perlu’ – Hazama first appeared on OHBULAN!.





