34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tak Kira Busker Atau Profesional, Jaja Ishak Cari 12 Penyanyi Berbakat

    Shopee Sale

    Penerbit drama, Jaja Ishak membuka peluang kepada 12 penyanyi berpotensi untuk diketengahkan dalam industri muzik, tanpa mengira latar belakang sama ada profesional mahupun busker jalanan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Elfardie Terima Tawaran Berlakon Jaja Ishak, Ina Naim Pantau Dengan Syarat – ‘Tiada Adegan Datangkan Fitnah’

    Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Setuju Penerbit Boikot Pelakon Bermasalah, Puji Hafidz Roshdi Berdisiplin

    Terbuka kepada semua penyanyi

    Menurut Jaja, dia merancang untuk menerbitkan sebanyak 12 buah lagu pada tahun hadapan.

    Berhubung kriteria yang ditetapkan, Jaja menekankan aspek disiplin diri selain memiliki kualiti vokal yang mampu ‘dijual’ kepada pendengar.

    Tak kira dari latar belakang mana pun, sama ada kaya, sederhana, berada atau kurang berkemampuan, penyanyi profesional atau busker jalanan, semua boleh mencuba.

    Apa yang penting ada semangat, disiplin dan suara yang boleh diketengahkan.

    Tambah Jaja, dia yakin bidang muzik mempunyai potensi besar untuk memberi pulangan jangka panjang, apatah lagi selepas melihat kejayaan beberapa lagu terbitannya sebelum ini yang berjaya tular dan mendapat sambutan hangat.

    Tahun depan saya saya mahu memberi tumpuan kepada pengedaran drama ke luar negara sambil meneruskan penerbitan lagu baharu.

    Beberapa lagu saya sebelum ini pernah tular dan saya percaya walaupun nampak kecil, muzik mampu memberi pulangan jangka panjang yang besar.

    Mahu penyanyi berdisiplin

    " data-video-id="7566553064451116296" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Penerbit drama, Jaja Ishak membuka peluang kepada 12 penyanyi berpotensi untuk diketengahkan dalam industri muzik, tanpa mengira latar belakang sama ada profesional mahupun busker jalanan. # #kinitrending #jajaishak

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Dalam pada itu, Jaja menegaskan bahawa dia amat mementingkan kerjasama daripada penyanyi, khususnya dari segi strategi pemasaran serta komitmen diri ketika bekerja.

    Saya pernah jumpa penyanyi yang tak mahu datang promosi, malas sertai sesi radio dan menolak persembahan kecil. Dari situ, kita boleh agak sejauh mana mereka mampu pergi.

    Sebab itu saya selalu tekankan kepada artis di bawah label saya supaya berdisiplin dan terbuka untuk belajar, termasuk latihan menghormati syarat label.

    Kalau label dah aturkan promosi, temu bual media atau perjumpaan dengan rakan strategik, mereka perlu ambil serius. Dunia hiburan bukan hanya tentang populariti tetapi tentang kerja keras dan disiplin.

    The post [VIDEO] Tak Kira Busker Atau Profesional, Jaja Ishak Cari 12 Penyanyi Berbakat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah