26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tahun Ini Tak Ada Shooting Langsung’ – Haneesya Hanee Dedah Mak Terpaksa Gadai Barang Kemas Untuk Tampung Kehidupan

    Shopee Sale



    Pelakon dan model, Haneesya Hanee mengakui dia mengalami masalah kewangan sekarang berikutan tiada tawaran berlakon yang diterima pada tahun ini.

    Gadai gelang dan rantai emas

    Menerusi saluran podcast Myaudioplus, Haneesya berkata, ibunya terpaksa menggadai gelang dan rantai emas untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga sementara dia mendapatkan peluang pekerjaan.

    Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik.

    Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga.

    Tambah Haneesya, pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu menjadi pembakar semangat supaya dia bangkit dan bekerja keras demi keluarga.

    Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.

    Di akhir podcast tersebut, Haneesya memberitahu dia mahu menjadi seorang yang kuat seperti ibunya.

    Mak Haneesya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

    MENARIK:  Ibu Mentua Erissa Puteri Terkesan Anak Dikecam Isu ‘Overshadow’ Pengantin – ‘Soal Cantik Atau Tidak Adalah Subjektif’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah