26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Mentua Erissa Puteri Terkesan Anak Dikecam Isu ‘Overshadow’ Pengantin – ‘Soal Cantik Atau Tidak Adalah Subjektif’

    Shopee Sale



    Erissa Puteri

    Sebelum ini, netizen mengecam adik ipar kepada Erissa Puteri yang didakwa sengaja tampil berlebihan atau ‘overshadow’ pengantin sewaktu di majlis pernikahan penyanyi itu, baru-baru ini.

    Terkesan

    Erissa Puteri

    Susulan itu, ibu mentua kepada Erissa tampil bersuara dengan mengakui dirinya terkesan dengan komen negatif  yang dilemparkan netizen terhadap anak perempuannya.

    Menerusi hantaran di TikTok bernama Dmzmahfuza, wanita itu menegaskan anaknya tidak mempunyai niat untuk tampil secara berlebihan pada majlis tersebut.

    Sebagai seorang ibu, saya berasa terkesan dengan komen-komen negatif terhadap anak perempuan saya. Anaknda saya tidak berniat untuk melebih-lebih pada hari pernikahan abangnya dan Erissa.

    Dia satu-satunya adik kepada Danial dan juga satu-satunya anak perempuan saya. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di salah sebuah Universiti di United Kingdom.

    Soal cantik atau tidak adalah sesuatu yang subjektif. Tapi sebagai ibu, saya mendoakan yang terbaik buat anak saya dan saya juga mendoakan yang baik dan keberkatan untuk adik-adik dan anak-anak tuan/puan semua.

    Menerusi perkongsian sama, wanita itu turut memohon maaf jika ada menggores hati mana-mana pihak terutama peminat Erissa.

    Dari pihak keluarga, saya dengan rendah hati memohon maaf seandainya ada sebarang salah dan silap yang mengguris hati dan perasaan secara sedar ataupun tidak terutama buat ‘supporters’ menantu saya, Erissa.

    Tumpang populariti

    Erissa Puteri

    Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran, dia juga menegaskan tidak pernah menumpang populariti mana-mana pihak seperti yang didakwa.

    Sebagai seorang ibu, apa yang saya impikan adalah untuk buat yang terbaik buat anak-anak saya supaya boleh dijadikan memori dalam hidup mereka.

    Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan saya hanya melakukan yang termampu sahaja untuk anak-anak saya.

    Tiada pun saya menumpang populariti sesiapa dan saya memang dah berada dalam bidang seni agak lama.

    Tetapi saya tidak menjangka akaun tiktok peribadi saya dihujani komen sedangkan saya hanyalah berkongsi gambar dan video sebagai memori untuk saya simpan.

    Sebelum ini, Dmzmahfuza berkongsi foto memperlihatkan anak perempuannya memakai selendang seperti ‘veil’ dan penampilan itu telah mengundang kecaman netizen.

    MENARIK:  Edika Yusof Tak Tolak Takdir Kembali Rujuk, Bekas Isteri Salah Faham Tentang Talak

    Rata-rata netizen berpendapat pemakaian selendang seperti ‘veil’ itu seakan-akan lebih menonjol daripada pengantin iaitu Erissa.

    Pada 18 April lalu, Erissa sah bergelar isteri kepada anak kenamaan, Daniel Iskandar dalam sebuah majlis yang diadakan penuh mewah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah