28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syatilla Melvin Dedah Shaheizy Sam Seorang Introvert & Pendiam – ‘Dia Punya Senyap Tu Sampai Dengar Bunyi Perut’

    Shopee Sale



    sam pendiam

    Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan tentang sifat sebenar suaminya yang juga aktor iaitu Shaheizy Sam.

    Sam pendiam

    " data-video-id="7392548693607582984" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @anis.pana

    Sam pendiam

    ? original sound – Anispana – Anispana

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin menyifatkan pelakon filem Polis Evo itu sebagai seorang yang pendiam.

    Dia adalah orang yang sangat pendiam. Kalau tak ada apa-apa isu, dia takkan bercakap. Kalau saya yang mulakan baru nampak dia akan ‘berbunyi’.

    Naik kereta dengan dia kena kuatkan radio, kalau tak, tak bunyi apa-apa.

    Dia punya senyap tu sampai dengar bunyi perut sendiri.

    Disebabkan itu, aktres tersebut berkata Shaheizy sukar untuk berinteraksi ketika melakukan sesi siaran langsung di media sosial meskipun dirinya adalah seorang pelakon versatil.

    Sebab tu dia tak suka buat ‘live’ tapi aku paksa dia. Dia tak nak bercakap depan kamera, pelik kan?

    Orang ingat dia pelakon mesti dia okay. Sebenarnya tidak, dia adalah seorang yang sangat introvert.

    Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, Sarima Samhiezy, dan Salama Samheizy.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Dapat Hadapi Ujian Sekarang Dengan Tenang, Mungkin Hasil Amalan Bangun Solat Tahajud’ – Nora Danish

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah