27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syamsul & Ira Kazar Tangguh Cerai, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu 25 September

    Shopee Sale



    Mahkamah menetapkan 25 September 2024 bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

    Ira dan Syamsul perlu hadir

    Mahkamah menetapkan 25 September 2024 bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

    Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh tersebut.

    Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, jam 3 petang.

    Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.

    Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai.

    Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.

    Ditanya mengenai respon Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata, pengarah filem KL Gangster itu akur dengan keputusan mahkamah.

    Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman.

    Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemelut yang sedang melanda rumah tangganya.

    Syamsul nampak tenang sahaja.

    Terdahulu, Syamsul dan Ira tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka meskipun pengarah itu bersedia melafazkan cerai terhadap isterinya.

    MENARIK:  Aliff Aziz Berikomitemen Penuh Kepada JAWI, Inginkan Penyelesaian Cepat Bagi Isu Khalwat Dengan Ruhainies

    Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

    Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    Video

    " data-video-id="7407709493750009096" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Replying to @Encik Labu ?? Ira baru lantik wakil peguam. Takpelah. Moga ada sinar buat mereka berdua # #sembangentertainment #irakazar #baru #lantik #wakil #peguam #fail #cerai #syamsulyusof

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah