25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Berikomitemen Penuh Kepada JAWI, Inginkan Penyelesaian Cepat Bagi Isu Khalwat Dengan Ruhainies

    Shopee Sale



    Aliff Aziz

    Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz memberitahu dia akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung isu ditangkap berkhalwat dengan aktres, Ruhainies.

    Mahu isu khalwat selesai

    Aliff Aziz

    Ketika ditemui Aliff atau nama lengkapnya Muhammad Aliff Aziz, 33, berkata, mereka sekarang ini masih lagi melalui beberapa proses yang telah ditetapkan.

    Saya tiada apa nak ulas cuma sekarang kami berdepan semua prosedur seperti mana yang semua perlu lalui.

    Jadinya kami akan selesaikan perkara tersebut apabila tiba masanya, insya-Allah.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui sejurus sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh JAWI di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    Mereka telah ditahan JAWI sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menanti dituduh semula di mahkamah syariah.

    MENARIK:  Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

    Aliff dan Ruhainies kemudian menerusi hantaran di Instagram masing-masing akhirnya bersuara mengenai isu tersebut dengan menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.

    Kata Aliff, dia pergi ke rumah Ruhainies selepas diajak untuk makan malam bersama-sama dengan keluarga aktres itu.

    Sementara itu, semalam Aliff enggan melafazkan cerai terhadap isterinya Bella Astillah dengan alasan masih mencintai dan memikirkan tentang anak-anak mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah