30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syamim Farid Dedah Simpan Cita-Cita Nak Jadi Puteri Raja Sejak Kecil – ‘Orang Lain Semua Terkejut’ 

    Shopee Sale



    syamim farid 2

    Pelakon jelita, Toh Puan Syamim Farid berkongsi bahawa dia pernah memasang angan untuk menjadi puteri raja.

    Suka tengok kerabat

     

    View this post on Instagram

    A post shared by GIRL MATH PODCAST (@girlmathpodcastmy)

    Menerusi podcast Girl Math, Syamim atau nama lengkapnya Syamim Mohd Farid mendedahkan sejak dibangku sekolah lagi dia sudah menyimpan cita-cita tersebut.

    Masa belajar dulu, cikgu ada tanya dah besar nanti nak jadi apa?

    Orang lain semua jawab nak jadi doktor, jurutera tapi saya tak, saya jawab saya nak jadi puteri raja. Orang lain semua terkejut.

    Selain itu, Syamim berkata dia juga gemar menonton filem dan program televisyen yang memaparkan tentang kisah raja-raja.

    Ketika kecil dan bila berada di rumah nenek, saya suka main buaian. Ada satu filem P. Ramlee.. ada lagu nak kahwin dengan anak raja.

    Saya suka nyanyi lagu itu kerana gemar menonton filem tersebut semasa kecil.

    Ramai yang suka tengok kartun, tapi saya suka tengok rancangan yang tayang tentang raja contohnya seperti pertabalan.

    Sekadar info, aktres berusia 33 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada tahun 2016.

    MENARIK:  Azhar Sulaiman Luah Rasa Sedih Lihat Ramai Yang Bercerai – ‘2024 Tahun Yang Buruk Kepada Ramai Selebriti’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah