Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil bersuara mengenai kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang didakwa maut kerana menjadi mangsa buli pada 17 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Restoran Tok Keramat Di Jitra Tawar RM30k Kepada Pemberi Maklumat Kes Arwah Zara Qairina
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn
Intan Najuwa tuntut keadilan
View this post on Instagram
Menerusi Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini dengan tegas menuntut keadilan buat Zara.
Ujarnya, siapa pun pelakunya harus dihukum dan perlu menjalani sistem kehakiman yang telus.
Keadilan untuk Zara. Adik kecil ini berhak pada keadilan yang tulus, bersih tanpa noda rasuah dan pilih kasih.
Jangan sesekali biarkan wang jadi alasan untuk melepaskan yang bersalah.
Yang salah tetap salah dan mesti dihukum, bukan sekadar untuk membalas, tetapi sebagai peringatan agar tiada lagi anak kecil yang jadi mangsa.
Di akhir perkongsian, pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini menitipkan doa agar keadilan sebenar dapat ditegakkan.
Doa kami buatmu, Zara.
Insya-Allah, kebenaran akan menyinari jalanmu, dan keadilan akan ditegakkan.
Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.
Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Posting Intan Najuwa

Sumber: Threads Intan Najuwa
The post Intan Najuwa Tuntut Keadilan Buat Zara Qairina – ‘Yang Salah Tetap Salah & Perlu Dihukum’ first appeared on OHBULAN!.





