Peguam dan pencipta kandungan, Aminahtul Mardiah berkongsi pandangannya berhubung dakwaan penjara di negara ini mempunyai sistem kasta dalam kalangan banduan.
Artikel Berkaitan: Aminahtul Marrdiah Tegur Individu Didakwa Cuba Keruhkan Kemelut Abby Abadi & Keluarga
Artikel Berkaitan: Aminahtul Tak Rasa Bazir Taja Staf Tunai Umrah – ‘Allah Ganti Dengan Pekerja Tak Berkira & Setia’
Pendapat seorang peguam

Ketika ditemui , sebagai peguam berpengalaman, Aminahtul menegaskan bahawa setiap dakwaan perlu diteliti berdasarkan fakta dan bukti yang ada sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Menurutnya, seseorang peguam tidak boleh mengesahkan sesuatu perkara hanya berdasarkan cerita atau dakwaan yang disampaikan kepadanya tanpa mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
Pengalaman saya sendiri sebagai seorang peguam jenayah yang ada anak guam, kita dengar macam-macam cerita cuma kita tidak menyaksikan sendiri.
Jadi dari pihak peguam, selagi kita tidak pastikan, kita tidak boleh sahkan ia berlaku atau tidak.
Namun, Aminahtul menjelaskan jika seseorang peguam menerima aduan daripada anak guamnya mengenai perkara tersebut, mereka berhak untuk membuat laporan terhadap pihak penjara.
Selepas membuat laporan, aduan berkenaan di siasat dan peguam akan menerima respon daripada pihak penjara.
Cuma, kalau ada aduan kepada anak guam, kita akan buat laporan.
Kalau kita buat aduan kepada Jabatan Penjara, kita akan siasat sama ada perkara itu berlaku atau tidak.
Contohnya, kena pukul dengan kayu, jadi kita akan ambil laporan itu dan buat laporan untuk disiasat dan selalunya Jabatan Penjara akan memberi maklum balas.
Menurut Aminahtul, dakwaan mengenai perkara tersebut tidak boleh disahkan hanya berdasarkan cerita atau kenyataan pihak tertentu.
Jelasnya, hanya individu yang melalui sendiri pengalaman berkenaan mampu menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di dalam penjara.
Bagi kenyataan yang dikeluarkan oleh individu-individu yang berpengalaman di penjara, mengatakan ada dadah atau kasta..sebenarnya mereka sahaja yang tahu.
Mereka sahaja yang melaluinya. Yang boleh sahkan hanya mereka yang ada ‘di dalam’, saya tidak berada di situ.
Tambah Aminahtul, keutamaan bagi seorang peguam adalah untuk memastikan keselamatan anak guam mereka ketika di dalam penjara.
Bila kita dengar cerita daripada anak guam, kita tidak kecohkan tentang ini sebab kita nak mereka selamat di dalam penjara dan tidak mahu ada sebarang masalah berlaku.
Jadi, kita lindungi kepentingan anak guam.
The post [VIDEO] Wujud Kasta Dalam Penjara? Ini Penjelasan Aminahtul Mardiah first appeared on OHBULAN!.





