30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mi Sedaap Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records Dengan Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak

    Shopee Sale

    Siapa sangka satu mi segera boleh diolah menjadi 100 hidangan berbeza?

    Itulah yang dibuktikan menerusi inisiatif ‘1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati’ apabila Mi Sedaap bersama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) menghimpunkan 100 ciptaan kreatif berasaskan Mi Sedaap dalam satu acara khas.

    Lebih menarik, usaha tersebut turut berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak.

    Acara yang berlangsung pada 2 September 2026 di The Arena, TAR UMT Kuala Lumpur itu bukan sekadar menampilkan pameran hidangan, malah turut dimeriahkan dengan pertandingan memasak, demonstrasi masakan dan pengunjung dapat mencuba pelbagai menu berasaskan Mi Sedaap.

    100 idea kreatif nikmati Mi Sedaap

    Kalau selama ini korang biasa makan Mi Sedaap terus daripada paket, acara ini confirm buat korang pandang mi segera dengan cara yang berbeza.

    Selain boleh dinikmati begitu sahaja, Mi Sedaap mempunyai tekstur mi yang springy hasil penggunaan tepung gandum berkualiti tinggi dari Kanada dan Australia. Ditambah pula dengan tekstur bawang goreng rangup ikonik “Kriuk Kriuk®”, setiap suapan memberikan pengalaman makan yang tersendiri.

    Menerusi konsep ‘1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati’, para pelajar TAR UMT menghasilkan 100 ciptaan yang mengolah Mi Sedaap dalam pelbagai gaya dan idea.

    Ada hidangan yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan, ada yang tampil lebih moden dan ada juga yang menggabungkan mi segera dengan bahan-bahan yang mungkin tak pernah korang terfikir nak padankan bersama.

    Kesemua 100 hidangan tersebut kemudiannya dipamerkan kepada pengunjung sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.

    Bukan sekadar pameran, ada pertandingan memasak

    Acara ini turut menyaksikan enam peserta daripada latar belakang berbeza berentap dalam pertandingan memasak, termasuk pelajar, penjaja makanan dan suri rumah.

    Menariknya, penyertaan mereka membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh menggunakan kreativiti untuk menghasilkan hidangan Mi Sedaap yang sedap dan menarik, bukan hanya mereka yang bergelar cef.

    Lebih menarik, pertandingan tersebut turut dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman dalam dunia kulinari, termasuk Cef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob dan Cef professional, Cef Aaron.

    MENARIK:  Tunjuk Video 'Saya Dah Ada Pengawal Peribadi, Sekarang Cari Seorang Kekasih' - Cik B

    Akhirnya, Chai Cha Teh berjaya menduduki tempat pertama menerusi hidangan Mi Sedaap Ala Cili Pan Mee.

    Sementara itu, Zaete Zainuddin meraih tempat kedua dengan hidangan Mi Sedaap Udang Telur Masin.

    Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mok Ling Fei menerusi hidangan Mi Sedaap Ala Kantonis.

    Tiga hidangan daripada pemenang ini sahaja sudah cukup menunjukkan bagaimana Mi Sedaap boleh diolah menjadi sajian yang jauh berbeza daripada cara penyediaan biasa.

    Daripada wantan dengan minyak cili, kombinasi udang telur masin hinggalah hidangan ala Kantonis, kreativiti peserta ternyata tidak terhad kepada semangkuk mi segera sahaja.

    Pengunjung dapat cuba menu Mi Sedaap

    Selain melihat hasil kreativiti para peserta dan pelajar, pengunjung yang hadir turut berpeluang mencuba beberapa hidangan Mi Sedaap yang disediakan sepanjang acara.

    Demonstrasi masakan secara langsung juga menjadi antara aktiviti yang menarik perhatian, selain pameran 100 ciptaan yang memberi peluang kepada tetamu melihat sendiri bagaimana Mi Sedaap boleh digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

    Secara tidak langsung, acara ini memperlihatkan bahawa mi segera bukan sekadar pilihan makanan yang mudah disediakan ketika lapar, tetapi juga boleh menjadi asas kepada pelbagai idea masakan.

    Raih pengiktirafan Malaysia Book Of Records

    Kemuncak acara pastinya apabila Mi Sedaap secara rasmi menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi koleksi 100 resipi mi segera yang dihimpunkan.

    Pencapaian tersebut menjadi penutup kepada usaha yang menggabungkan kreativiti Mi Sedaap bersama para pelajar TAR UMT dalam menghasilkan 100 ciptaan unik.

    Dengan 100 hidangan berjaya dikumpulkan dalam satu acara, ‘1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati’ membuktikan satu perkara, kadang-kadang kita cuma perlukan sedikit kreativiti untuk jadikan makanan yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa.

    Nak tengok lebih banyak idea dan resipi kreatif menggunakan Mi Sedaap? Korang boleh layari laman rasmi serta ikuti media sosial Mi Sedaap di TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.

    The post Mi Sedaap Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records Dengan Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah