Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson dengan sekali lafaz sah menjadi isteri kepada lelaki pilihanya iaitu Farouk Osman Yunus.
Artikel Berkaitan: Bekas Suami Zahnita Dapat Hak Penjagaan Anak-Anak Kekal – ‘Harap Dapat Tamatkan Dakwaan Yang Cemarkan Nama Saya’
Artikel Berkaitan: Zahnita Dakwa Suami Beri Syarat Tarik Laporan Kes Pukul Jika Mahu Bercerai – ‘Dia Cuba Tunjukkan Dia Tak Bersalah’
Kembali bergelar isteri

Memetik laporan Kosmo Online, Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, dinikahkan oleh abangnya Mohd Julian Hussein disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Pelakon filem Kuliah Cinta itu menerima mas kahwin sebanyak RM300, dua bentuk cincin dan sejadah.
Majlis ijabkabul itu berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada jam 11.25 pagi tadi.
Pasangan tersebut dilihat cantik dan segak mengenakan busana serba putih rekaan Ruby Signature.
Dalam masa yang sama, tiga orang cahaya mata Zahnita turut hadir menyaksikan penyatuan cinta antara dia dan suami pada hari ini.
Sebelum ini, Zahnita memaklumkan sudah mengikat tali pertunangan selepas beberapa bulan mengenal hati budi.
Untuk info, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Zackery pada 2005 namun bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahfareena, 19, Zasharayna, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden, 5.
Sumber: Kosmo Online
The post Zahnita Wilson Kini Sah Suri Hati Farouk Osman Yunus, Tiga Anak Turut Hadir Di Hari Bahagia first appeared on OHBULAN!.





