30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Perlu Stres ‘Jam’ Lagi! Jalan Baharu Bon Estates Di Mont Kiara Kini Rasmi Dibuka

    Shopee Sale

    Berita gembira buat pengguna jalan raya dan penduduk di sekitar kawasan Mont Kiara serta Segambut!

    Laluan jalan baharu yang menghubungkan Jalan Duta Kiara dan Jalan Kiara 3 kini telah dibuka secara rasmi untuk kemudahan awam.

    Laluan baharu ini dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Segambut, bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud.

    Majlis perasmian penuh bermakna ini turut dianjurkan oleh Pengasas & Pengerusi Bon Estates, Mr Goh Soo Sing, serta Ketua Pegawai Eksekutif Bon Estates, Mr Chan Jin-Wy.

    Akses lebih terus ke Solaris Dutamas dan Segambut

    Pertama kali diumumkan pada tahun 2023, pembinaan jalan ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepenuhnya daripada pemaju hartanah butik, Bon Estates demi meningkatkan kesalinghubungan komuniti setempat.

    Kelebihan utama laluan ini adalah akses lebih terus dari Jalan Kiara 3 ke arah Solaris Dutamas, Segambut, serta kawasan sekitarnya.

    Laluan ini turut menawarkan aspek keselamatan asas seperti jalan dua lorong dua hala yang turut dilengkapi laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat.

    Kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan Kiara 3, terutamanya pada waktu puncak juga dapat dikurangkan secara drastik.

    Nilai melangkaui sempadan kediaman

    default

    Pembukaan jalan baharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif The Good Radius yang berpegang kepada prinsip bahawa nilai sesebuah pembangunan hartanah patut memberi manfaat kepada seluruh kejiranan sekeliling. Berikut merupakan ulasan daripada Pengasas dan Pengerusi Bon Estates, Mr Goh Soo Sing.

    “Sebuah jalan mungkin merupakan infrastruktur yang ringkas, namun nilainya terletak pada bagaimana ia dapat memudahkan perjalanan seharian.

    Kami berharap hubungan baharu ini dapat memberikan lebih banyak kemudahan kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.”

    Inisiatif ini mendokong falsafah Bon Estates iaitu “Living Well Crafted” dan pegangan “everyone deserves to live better”.

    Sambut ulang tahun ke-10 dan Bon Kiara lulus 100% penjualan

    Pembukaan jalan ini turut melengkapi dua pencapaian besar buat Bon Estates pada tahun ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Remy Ishak Jawab Dakwaan Beri Galakkan Buruk Pakai Cincin Hidung Palsu – ‘Itu Bukan Tanggungjawab Saya’

    Pada tahun ini, genap 10 tahun Bon Estates bertapak di Lembah Klang sejak mula ditubuhkan pada tahun 2016.

    Lebih membanggakan, projek kediaman bertingkat tinggi Bon Kiara yang menawarkan 410 unit kediaman bersaiz besar telah habis terjual sepenuhnya.

    Penyerahan kunci yang dijadualkan pada Oktober 2026 telah berjaya dijayakan lebih awal daripada jadual asal!

    Selain Bon Kiara, portfolio pembangunan Bon Estates turut merangkumi projek premium lain seperti The Estate South Bangsar dan Yanu Hills di Melawati.

    The post Tak Perlu Stres ‘Jam’ Lagi! Jalan Baharu Bon Estates Di Mont Kiara Kini Rasmi Dibuka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah