Pelakon terkenal Rozita Che Wan, berkongsi dia belum berkesempatan untuk merasa masakan air tangan menantu sulungnya, Auni Ikhwan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah – ‘Tempat Isteri Di Sisi Suami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan
Hubungan dengan menantu

Ketika ditemui , Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata, anaknya, Ammar Effendy Azuar Effendy memilih untuk tinggal berasingan sejak mendirikan perkahwinan tiga bulan lalu.
Belum sempat lagi rasa air tangan menantu. Kadang-kadang bila hujung minggu anak saya hantar gambar beritahu isterinya sedang masak.
Tapi belum sempat lagi saya nak merasa. Bila mereka balik hujung minggu, kadang-kadang saya pula tiada di rumah. Mungkin minggu depan baru kami nak berjumpa tapi makan di luar.
Walau bagaimanapun, Rozita sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah jika Auni tidak begitu mahir memasak kerana baginya, ia bukanlah satu kewajipan dalam rumah tangga.
Saya sebenarnya tak kisah pun kalau menantu tak pandai masak. Bagi saya, bila sudah berkahwin, kita akan belajar sesuaikan diri dengan suami.
Macam sebelum ini, saya banyak belajar masak dengan bekas ibu mentua sebab masakannya adalah citarasa suami.
Tapi bila berkahwin dengan Zain, dia tak cerewet dan akan makan apa sahaja yang kita masak.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289 pada Isnin.
Tambah Rozita, kekangan masa juga antara sebab dia dan Auni jarang dapat meluangkan momen bersama, namun anak menantunya itu sering berkujung ke rumah ketika hujung minggu.
Kami pun belum dapat buat banyak perkara bersama. Tapi kami ada meraikan hari jadinya.
Saya tanya dia nak hadiah apa, tapi dia sendiri pun tak tahu. Katanya tak mengapa, nanti kami akan pergi membeli-belah bersama.
InsyaAllah, saya pun ada perancangan nak hadiahkan mereka pakej bulan madu ke Jepun bulan November nanti.
Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, menantunya itu berkongsi karakter yang sama dengan dirinya.
Ammar pernah beritahu Auni perangainya sama macam saya. Dia suka duduk di rumah dan kemas rumah.
Kalau keluar hujung minggu pun sehari sahaja, lagi sehari dia akan duduk di rumah, mengemas dan sebagainya.
The post [VIDEO] Rozita Che Wan Belum Sempat Rasa Masakan Menantu – ‘Saya Tak Kisah Kalau Dia Tak Pandai Masak’ first appeared on OHBULAN!.





