32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Bukan Semua Lagu Lama Mudah Diberi Nafas Baharu, Ajai Dedah Cabaran Sebenar

    Shopee Sale

    Menghasilkan semula lagu lama bukan sekadar memberi karya tersebut kepada penyanyi baharu untuk dinyanyikan semula.

    Bagi komposer dan penerbit muzik terkenal, Ajai yang baru sahaja muncul dengan versi baharu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 terbitan Usanita Entertainment, proses remake perlu dilakukan secara menyeluruh agar versi baharu mempunyai identiti tersendiri dan tidak sekadar menjadi salinan kepada karya asal.

    Artikel Berkaitan: Ajai Jamin Tiada Konflik Kepentingan Di AIM25 – ‘Juri Terlibat Dalam Pencalonan Hanya Mendengar Tanpa Memegang Pena’

    Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Mahu Cipta Yang Terbaik Untuk Versi Lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ – Ajai

    Pertukaran Lagu Berkaku Secara Menyeluruh

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Ajai berkata aspek bunyian, susunan muzik atau arrangement serta cara penyampaian penyanyi perlu diberi nafas berbeza.

    Kita segarkan semula daripada segi segala-galanya. Bunyian merangkumi arrangement, cara pembawaan penyanyi harus berbeza dengan versi asal.

    Pertukaran itu berlaku secara menyeluruh, A-Z. Jadi nafas baru itu diibaratkan sebagai nyawa baru yang dipersembahkan oleh penyanyi baru.

    Arrangement Jadi Cabaran Utama

    Dalam usaha menghidupkan kembali sesebuah lagu, Ajai mengakui bahagian paling mencabar adalah menghasilkan susunan muzik baharu.

    Ini kerana susunan tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi bagaimana seseorang penyanyi menghayati dan menyampaikan lagu berkenaan.

    Arrangement adalah cabaran paling terbesar sekali apabila remake lagu lama sebab arrangement lagu ini akan beri penghayatan kepada penyanyi baru yang akan menyanyikan lagu tersebut.

    Kalau saya beri arrangement lama sudah tentu cara mereka menyanyi pun akan kedengaran sama. Tapi apabila segarkan dengan versi baru, olah semula arrangement lagu itu, mereka tak ingat cara dan versi lama menyanyi.

    Dalam erti kata lain, penyanyi baharu perlu diberikan ruang untuk membentuk karakter sendiri tanpa terlalu dibayangi versi terdahulu.

    Penyanyi Baharu Juga Perlu Tepat

    Selain susunan muzik, Ajai berkata pemilihan penyanyi juga memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada versi baharu mampu diterima pendengar.

    Selain itu cabaran perlu mencari penyanyi yang tepat untuk menyanyikan versi baru.

    Pemilihan itu penting kerana setiap penyanyi mempunyai warna suara, karakter dan cara penyampaian tersendiri.

    Apatah lagi apabila lagu tersebut sudah cukup sinonim dengan penyanyi asal dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

    Sukar Lawan Nostalgia Versi Asal

    Ajai tidak menafikan versi asal lazimnya mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia menjadi versi pertama yang melekat dalam ingatan pendengar.

    MENARIK:  Anna Jobling Menghabiskan Waktu 2 Jam Bersama Puteri Ameerah, Netizen Mengatakan Wajah Mereka Mirip - 'Dia Menonton Semua Drama Saya'

    Disebabkan itu, mendapatkan penerimaan peminat terhadap versi baharu bukan sesuatu yang mudah.

    Sudah tentu nak dapatkan peminat menyukai versi baharu ini susah. Tak dinafikan versi lama itu adalah yang pertama.

    Tetapi kalau tak ada yang baru mungkin generasi muda sekarang tak akan kenal lagu lama.

    Bagi Ajai, proses remake sebenarnya boleh menjadi jambatan untuk memperkenalkan kembali sesebuah karya kepada generasi yang mungkin tidak membesar dengan lagu tersebut.

    Remake Bukan Untuk ‘Kalahkan’ Versi Asal

    Dalam dunia muzik, perbandingan antara versi lama dan baharu memang sukar dielakkan.

    Namun, mungkin tujuan sesebuah remake tidak sepatutnya dilihat sebagai usaha untuk menentukan versi mana lebih baik.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Sebaliknya, ia boleh menjadi satu cara untuk memanjangkan hayat sesebuah karya.

    Pendengar lama masih mempunyai versi asal yang penuh dengan nilai nostalgia, manakala generasi baharu pula diperkenalkan kepada lagu sama menerusi bunyian dan penyanyi yang lebih dekat dengan zaman mereka.

    Perkara itu turut dilihat Ajai sebagai situasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

    Saya memandang perkara ini di sudut positif yang merangkumi kekuatan kedua-dua belah pihak dari segi lagu lama dikenali semula dan siapa yang menyanyinya.

    It’s a win-win situation.

    Usanita Entertainment Lahirkan Nafas Baharu Cinta Di Akhir Garisan

    Pandangan Ajai itu turut diterjemahkan menerusi Cinta Di Akhir Garisan 2.0, versi baharu lagu popular era 1990-an yang kini menghimpunkan Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno. Projek terbitan Usanita Entertainment dengan kerjasama Ajai itu cuba memberi identiti baharu kepada karya yang pernah dibawakan Ziana Zain, Nora, Ning Baizura dan Dessy Fitri, tanpa meletakkan versi baharu sebagai pesaing kepada rakaman terdahulu.

    Pembaharuan itu dilakukan menerusi susunan muzik Ajai bersama Mac Chew serta penglibatan 53 pemuzik Budapest Scoring Orchestra, selain pemuzik tempatan Ujang, Gideon Yogan dan Shah Slam.

    Menurut Pengerusi Usanita Entertainment, Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan atau Datuk Nana, pemilihan empat penyanyi generasi semasa itu turut mengambil kira kesesuaian karakter, komitmen dan kemampuan mereka membawa projek berskala besar tersebut.

    Bagi Ajai dan Usanita Entertainment, pendekatan sebegini membolehkan karya lama terus mempunyai hayat dalam generasi berbeza tanpa bergantung sepenuhnya kepada nostalgia. Dilancarkan pada 28 Ogos 2026, Cinta Di Akhir Garisan 2.0 hadir sebagai jambatan antara dua generasi pendengar menerusi bunyian baharu dan identiti empat vokal masa kini.

    The post POV XTRA: Bukan Semua Lagu Lama Mudah Diberi Nafas Baharu, Ajai Dedah Cabaran Sebenar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah