
Pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 tahun baru-baru ini.
Hadiah istimewa
?
? Vivaldi – 2 Violins op 8 Allegro 1 – AllMusicGallery
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti dilihat menyambut hari lahir bersama keluarganya di sebuah kafe.
Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.
Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur.
Tidak lama kemudian, Siti membawa ahli keluarganya ke sebuah pusat pameran kereta jenama tempatan.
Paling menyentuh perasaan apabila, Siti membuat kejutan kepada ibu bapanya dengan menghadiahkan mereka sebuah kereta.
Ibu dan bapa pelakon drama Wanita Syurga itu dilihat tidak mampu menahan air mata selepas menerima hadiah istimewa tersebut.
Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen bahagia keluarga Siti.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji Siti kerana tidak melupakan jasa ibu bapa terhadapnya.





