Pelakon, penyanyi dan pengacara Azeva berkongsi keputusannya untuk menceburi industri seni adalah kerana mahu memenuhi impian dan kehendak ibunya, Datuk A. Aida.
Azeva ceburi bidang seni sebab ibu

Ketika ditemui , Azeva atau Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, berkata keluarganya pernah ditimpa ujian apabila ibunya diserang strok dan berada dalam keadaan kritikal sehingga mereka diminta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Sebenarnya selepas keluarga ditimpa ujian, mama saya strok dan koma tiga hari di hospital. Masa tu doktor minta kami sekeluarga untuk bersedia sebab ketika itu mama kritikal.
Selama ini saya rasa saya tak ada buat apa apa untuk mama. Selepas itu, saya berdoa ‘Ya Allah, kembalikanlah ibu ku. Dan kalau dia kembali, saya janji untuk buat semua dia suruh’.
Bagaimanapun selepas ibunya kembali pulih, Azeva mengambil peluang itu untuk menunaikan segala kehendak ibunya selagi masih diberi kesempatan.
Tapi saya syukur sangat bila dia bangun. Saya terharu sangat dam memang nak buat semua yang mama nak selagi mama saya ada di sini.
Mengulas lanjut, Azeva berkata pengalaman tersebut turut mengubah cara dia melihat kehidupan dan membuatkan dia lebih menghargai masa bersama ibunya.
Selepas mama sedarkan diri balik, saya rasa ini adalah rezeki yang sangat besar untuk saya.
Semua ini tak akan terjadi kalau tanpa mama saya. Jadi, disebabkan itu saya sudi buat semua yang mama saya suruh.
Dalam perkembangan lain, Azeva baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Tanpa Rasa Jemu yang merupakan ciptaan Zul 2By2, Aiman dan Madi Mulyadi. Manakala lirik merupakan hasil nukilan ibunya sendiri, Datuk A. Aida.
The post ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida first appeared on OHBULAN!.





