28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Jamumall Tak Menolak Kembali Bersama Aiman Demi Anak – ‘Dia Kena Dapatkan Restu Ayah Saya Dahulu’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall, tidak menolak andai dia dan bekas suami Aiman Tak Kesah kembali semula sebagai pasangan.

    Hargai Aiman

    " data-video-id="7505347909542546695" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @eiyjal1

    kehidupan perlu diterusksn…#fyp?? #viral?tiktok @sitijamumall#getback #semogadipermudahurusan #semangatberjuang#aimantakkesah

    ? original sound – ? Lirik Pendek ? – Nami Abaya Exclusive HQ

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin tidak akan pernah melupakan kebaikan Aiman terhadap dirinya meskipun berlaku konflik di antara mereka.

    Macam mana sekalipun, ada benda baik yang Aiman pernah buat dekat saya dan saya tidak akan pernah lupa.

    Saya pandang kebaikan dia sahaja, apa pun yang pernah terjadi semuanya saya maafkan dan lupakan.

    Tapi untuk balik semula padanya mungkin makan masa. Mungkin sebab perkahwinan itu mudah, bila bercerai dan rujuk juga mudah jadi melafazkan (talak) pun mudah.

    Kembali semula?

    Dalam pada itu, Siti terbuka andai dia dan Aiman kembali bergelar suami isteri namun perhubungan mereka mestilah mendapatkan restu bapanya terlebih dahulu.

    Sebelum ini saya kahwin keluarga saya menentang. Tetapi kalau dia nak bersatu semula demi kebaikan anak-anak saya okay sahaja cuma dia kena dapatkan restu daripada wali.

    Ayah saya masih hidup, jadi dia kena dapatkan restu dia.

    Kalau dia boleh dapatkan restu, insya-Allah dia akan belajar bersabar macam mana ayah saya bersabar membesarkan saya.

    Ketika ramai warganet yang menentang mereka kembali bersatu, Siti menegaskan bahawa dia melakukan demi anak-anak terutama bayi dalam kandungannya.

    Saya fikir panjang, saya tak fikirkan diri sendiri sahaja sebab anak yang dikandung ini anak perempuan, macam mana pun nanti dia akan cari ayah dia.

    Kalau tak boleh kembali bersama, teruskan sahaja kehidupan macam biasa.

    Saya pun tak tahu boleh rujuk balik atau tidak.

    Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.

    MENARIK:  [VIDEO] Michael Ang Tak Boleh Jejak Kaki Ke Tanah Perkuburan – ‘Kubur Cina Ke Islam, Kalau Pergi Mesti Akan Sakit’

    Sebelum ini, Siti mengaku berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.

    Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

    Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah