34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sid Murshid Buat Coklat ‘From Scratch’, Netizen Seloroh Lebih Baik Beli Saja – ‘Hantar Sikit Rajin Tu’

    Shopee Sale

    Tindakan pempengaruh dan usahawan Sid Murshid menyorot perhatian ramai apabila menghasilkan coklat dari proses awal menggunakan buah koko.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Rumah Lima Tingkat Sid Murshid – ‘Tengok Dapur Ingat Duduk Kondo, Rupanya Persis Istana’

    MENARIK:  [VIDEO] Luna Maya Rancang Timang Anak Tahun Depan, Mahu Nikmati Dulu Kehidupan Berdua

    Artikel Berkaitan: Popular Sebagai Influencer Masakan, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu ‘I X Kesah’

    Buat coklat daripada buah koko

    " data-video-id="7566954522094865684" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sidmurshid

    Chocolate 🍫 Recipe: Cocoa Gula #fyp #MakanLokal #tiktokmasak #chocolate

    ♬ original sound – Sid Murshid – Sid Murshid

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sid berkongsi proses membuat coklat yang mengambil masa lebih daripada seminggu.

    Lama juga saya nak belajar buat coklat ini.

    Coklat diperbuat daripada buah koko.

    Langkah pertama adalah penapaian. Proses ini mengambil masa lama, sehingga enam hari. Setiap hari kena kacau kalau tak dia boleh berkulat.

    Langkah seterusnya adalah pengeringan. Senang saja, biar kering bawah matahari selama dua hari.

    Langkah ketiga, memanggang. Selepas itu kita perlu ‘conching’ iaitu proses untuk tukar biji koko jadi coklat. Proses ini mengambil masa 12 jam.

    Langkah kelima adalah membancuh. Dan boleh letak coklat di bekas acuan.

    Akhir sekali, sejukkan semalaman lepas itu dah siap.

    Prosesnya memang lama dan susah tapi rasa dia memang berbaloi.

    Dalam pada itu, Sid memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk merasa ‘homade’ coklat boleh dapatkan di kafe miliknya, Grey Cafe.

    Netizen kagum dengan tahap kerajinan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netize kagum dengan tahap kesabaran dan kerajinan Sid yang menghasilkan coklat dari proses awal. Selain itu, warganet sempat berseloroh untuk membeli saja coklat selepas melihat keseluruhan proses penyediaan.

    Sumber: TikTok @sidmurshid

    The post [VIDEO] Sid Murshid Buat Coklat ‘From Scratch’, Netizen Seloroh Lebih Baik Beli Saja – ‘Hantar Sikit Rajin Tu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah