27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shafiq Shaheen Akui Keadaan Dengan Syida Melvin Masih ‘Panas’, Harap Kemelut Selesai

    Shopee Sale

    Bekas suami pelakon Syida Melvin iaitu Shafiq Shaheen berharap segala kemelut yang berlaku antara mereka dapat diselesaikan dengan baik demi kepentingan anak-anak dan urusan syarikat.

    Artikel Berkaitan: Syida Melvin Akui Ikut Emosi, Perjelas Sebab Libatkan Tiga Anak Dalam Konflik Bekas Suami – ‘Jangan Terus Buat Kesimpulan’

    Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Rayu Orang Ramai Pujuk Bekas Adik Ipar Pindah Rumah – ‘Sam Tanggung Sewa, Kami Adik-Beradik Bayar Bil’

    Shafiq harap kemelut dapat selesai

    View on Threads

    Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Shafiq meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan serta memberikan kata-kata semangat kepadanya.

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang mendoakan, menasihati dan bagi kata-kata semangat kepada saya. 

    Alhamdulillah, saya sekarang masih dalam recovery mode dan bertambah baik daripada yang sebelum ni. 

    Mengulas mengenai isu yang membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Shafiq berharap segala perkara yang berlaku dapat diselesaikan secara menyeluruh demi kepentingan semua pihak.

    MENARIK:  [VIDEO] Shukri Yahaya Mahu Istiqamah Jaga Hati Isteri, Elak Berlakon Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita – ‘Doakan Saya’

    Bagaimanapun, Shafiq mengakui dia masih belum dapat berbincang secara baik bersama Syida kerana keadaan antara mereka masih tegang.

    Saya nak selesaikan semua kes secara keseluruhannya demi anak-anak, saya, Syida dan kumpulan syarikat. Tapi sekarang, saya pun tak boleh nak berbual dengan Syida dengan baik sebab keadaan masih panas. 

    Saya akan cuba dapatkan bantuan melalui peguam kedua-dua pihak untuk selesaikan perkara ini secara menyeluruh. 

    Saya harap usaha untuk hubungi dia, sama ada secara terus atau melalui peguam dia, akan membuahkan hasil.

    Kepada Pia, Jedda dan Isa, Daddy minta maaf.

    Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

    Sumber: Threads

    The post Shafiq Shaheen Akui Keadaan Dengan Syida Melvin Masih ‘Panas’, Harap Kemelut Selesai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah