32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shahrol Shiro Dedah Isteri Terkandas Di Hatyai Akibat Banjir – ‘Hujan Makin Lebat, Jalan Ditutup’

    Shopee Sale

    Pelawak, Shahrol Shiro memaklumkan isterinya, Nor Farhanah Syamimi yang sedang bercuti di Hatyai kini terkandas di sana dan tidak dapat pulang ke tanah air susulan bencana banjir yang melanda kawasan tersebut.

    Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Kongsi Momen Lucu Teman Isteri Ke Mahkamah Sebab ‘Roadtax’ Mati- ‘Buat Pertama Kalinya Dia Mengaku Bersalah’

    Terkandas di Hatyai

    Menerusi hantaran di Instagram, Shahrol atau nama lengkap Shahrol Azizie Azmi, 41, berkata, banjir di Hatyai bertambah teruk sehingga beberapa laluan terpaksa ditutup.

    Dapat khabar berita daripada isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Menurut dia, hujan semakin lebat dan beberapa tempat dah dilanda banjir, beberapa jalan dah ditutup.

    Nak ke airport nak balik pun dah tak boleh dan saya terlihat di Facebook keadaan semakin teruk di sana.

    Tambah Shahrol, sebagai suami dia meluahkan kebimbangan dengan nasib yang menimpa isteri dan anaknya. Justeru, dia meminta orang ramai menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan.

    Saya di Sabah, hati seorang suami sangat risaulah eh memandangkan isteri bersama dengan anak saya, Iqi dan juga keluarga adiknya.

    Mohon titipkan doa kepada semua banjir yang terlibat, semoga situasi banjir di sana kembali pulih. Terima kasih kepada sahabat yang membantu. Kepada isteri saya, sayang saya tahu awak mampu harungi.

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Intan Najuwa Hargai Pelanggan Sanggup Belikan Ais Kerana Teringin Kopi Kafe Miliknya – ‘Instead Of Marah-marah, Dia Belikan Ais’

    The post [VIDEO] Shahrol Shiro Dedah Isteri Terkandas Di Hatyai Akibat Banjir – ‘Hujan Makin Lebat, Jalan Ditutup’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah