26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan dakwaan ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

    No komen

    Ketika ditemui , usahawan terkenal yang juga merupakan menantu kepada Bonda Rozita iaitu Datin Seri Shahida enggan mengulas dakwaan berikut.

    Shahida menyifatkan dirinya bukan individu yang berhak membuat perkongsian tentang dakwaan berita perkahwinan tersebut.

    Sebenarnya saya tidak mahu ulas tentang hal ini kerana ia merupakan soal hal peribadi.

    Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita.

    Saya rasa tidak layak untuk bercerita soal ini kerana saya hanya sebagai menantu. Saya tidak boleh banyak bercakap kerana isu ini sangat sensitif.

    Shahida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu raya dan muzik video Gen-Z yang diadakan di Getai @ A Quite Place, Bukit Bintang pada petang Jumaat.

    Gembira jika berkahwin semula

    Sementara itu, Shahida turut memberitahu dia juga tidak menolak sekiranya ibu mentuanya memilih untuk berkahwin semula.

    MENARIK:  Sakit Hati Dipecat, Lelaki Bakar Majikan Di Tempat Kerja

    Jelas ibu anak kepada enam cahaya mata itu, dia hanya mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa mereka.

    Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sebab sebagai anak kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.

    Sudah tentu kita mahukan ibu bapa kita gembira dan bahagia. Jika itu (perkahwinan) yang buatkan dia bahagia Alhamdulillah kita bersyukur.

    Ketika ditanya mengenai penceraian Rozita, Shahida juga enggan membuka mulut berhubung dakwaan tersebut.

    Terdahulu, timbul persoalan apabila seorang individu muncul ketika Rozita membuat siarab langsung di Instagram semasa mempromosikan produk jualannya.

    Kemunculan lelaki tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai.

    Pun begitu, persoalan itu turut dikuatkan apabila Rebecca meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan memanggil Rozita sebagai ‘kakak iparku’.

    Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamkan.

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah