Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila perkongsian yang dimuat naiknya di media sosial menerima kritikan daripada segelintir netizen.
Artikel Berkaitan: ABPBH37: ‘Saya Dah Balik Hotel Tukar Baju, Suami & Anak Tunggu Di Kedai Makan’ – Ernie Zakri Perjelas Sebab Pakai Blouse & Bertudung Sarung
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Sekarang Saya Masih Mencari Formula Untuk Kekal Relevan Dalam Industri’ – Ernie Zakri
Isu yang dikritik

Menerusi satu hantaran di Threads, Ernie Zakri atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, menjelaskan bahawa video yang dimuat naiknya itu hanyalah bertujuan untuk berkongsi.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut berdepan pelbagai kritikan seperti mempersoalkan beberapa perkara, termasuk isu kebersihan, cara makan dan waktu sahur.
Kita hanya buat video sekadar berkongsi sahaja.
Tapi, timbul pula pelbagai isu yang dipersoalkan seperti kebersihan telekung, makan menggunakan tangan kiri serta kenapa bersahur pada jam 2 pagi.
Kata Ernie, video tersebut dirakam lebih awal kerana dia berasa mengantuk jika ia dirakam pada waktu sahur.
Tambahnya lagi, dia sekadar berkongsi menu sahur yang ringkas dan mudah untuk disediakan ketika bersahur.
Kalau saya bersahur, memang tak sempat nak rakam video sebab mengantuk.
Jadi, saya kongsikan sahaja menu yang mudah disediakan ketika sahur kerana itu yang saya gemar makan.
Sumber: Threads Ernie Zakri
The post Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa, Perkongsian Sahur ‘Simple’ Dipertikai – ‘Persoal Kebersihan Telekung’ first appeared on OHBULAN!.





