
Isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mendedahkan perbelanjaan anak sulungnya, Tuah Alam bagi setiap bulan.
Perbelanjaan anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ezza memaklumkan bahawa kini perbelanjaan Tuah bertambah setelah mula menghadiri beberapa kelas.
Tambahnya, perbelanjaan untuk membesarkan putera sulungnya itu mencecah RM4,000 sebulan.
Kelas-kelas dia saja dah RM2,000.
Selalunya, saya selalu beli baju untuk tiga bulan terus. Jadi, dalam RM2,000.
Untuk Tuah ini, dia lah nombor satu. Dah lawan saya.
Dalam RM4,000 untuk sebulan kami habiskan. Termasuk mainan dan makanan dia.
Jatuh cinta pada Remy

Berkongsi lebih lanjut, Ezza akui sifat Remy sebagai ‘provider’ menjadi punca utama dirinya jatuh cinta.
Sebelum kahwin dengan Remy, saya dah tahu dia adalah family man.
Dia jaga dan tanggung keluarga dia.
Itulah sebab pertama saya jatuh cinta pada Remy.
Sampai sekarang, dia jaga keluarga dengan baik.
Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam pada 27 Julai 2023.





