27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Lihat Diri Sebagai Penjenayah’ – Yasin Sulaiman

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman tidak menganggap pengalaman berdepan proses perundangan serta menjalani rawatan di Hospital Bahagia sebagai sesuatu perkara yang memalukan.

    Yasin Sulaiman kesal

    Walau bagaimanapun, Yasin atau nama lengkapnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, mengakui kesal akan perbuatannya sebelum ini kerana telah melanggar undang-undang di Malaysia.

    Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai penjenayah. Oleh itu, saya tidak berasa malu, Sudah tentu saya kesal dan menyesal kerana telah melanggar undang-undang.

    Kita hidup di Malaysia, ada undang-undang. Kita juga ada Rukun Negara yang mana kita perlu menjunjung kedaulatan undang-undang. 

    Jadi, saya memang sudah melakukan kesalahan. Tetapi dalam saya melakukan kesalahan itu, niat saya baik.

    Yasin berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya, Yang Tinggal bersama Zizi Kirana dan Malique yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

    Ditanya mengenai keterbukaannya selepas melalui fasa tersebut, pelantun lagu Mimpi Laila itu mengakui tidak berasa malu dengan apa yang dilaluinya, malah tidak akan menjadikan pengalaman itu sebagai penghalang untuk terus melangkah ke hadapan.

    Buat apa nak malu? Saya tidak melakukan jenayah. Jadi, saya tahu bahawa saya bukan seorang penjenayah dan apa yang saya lakukan itu bukan satu jenayah.

    Kes saya tidak mempunyai mangsa. Bagaimana saya hendak dianggap sebagai penjenayah kalau tiada mangsa? Kalau jenayah itu berlaku, mesti ada mangsa. 

    Bunuh orang, curi duit dan aniaya orang, itu jenayah. Jadi, kes saya ini tidak mempunyai mangsa.

    Dalam pada itu, Yasin berkata apa yang dilaluinya itu membuatkan dia kini lebih berhati-hati dalam setiap tindakan mahupun mempercayai orang sekeliling.

    Malah berjanji tidak akan sama sekali melanggar undang-undang negara.

    Daripada apa yang berlaku, saya tidak akan melanggar undang-undang lagi.

    Saya tidak akan melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia, sama ada undang-undang itu betul atau tidak, tidak berapa baik atau sebagainya. 

    Janji ia adalah undang-undang, saya tidak akan melanggarnya. Walaupun lampu isyarat merah.

    Yasin pada 22 Ogos 2024 dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya. 

    MENARIK:  Noorkhiriah Tegaskan Tiada Akaun TikTok, Tak Mahu Netizen Salah Faham – ‘Mohon Bantu Report’

    Hakim Datuk Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang sebelum itu melepas dan membebaskan penyanyi serta komposer berkenaan daripada semua pertuduhan.

    Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah, namun memerintahkan beliau ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

    Bagaimanapun, pada 28 April 2025, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Yasin terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam. 

    Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan yang dijatuhkan terhadap penyanyi dan komposer itu.

    Mahkamah Rayuan turut mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023 yang melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah atas alasan beliau berada dalam keadaan tidak waras ketika kesalahan dilakukan.

    Dalam keputusan sama, mahkamah mengekalkan perintah supaya Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, mengikut perkenan Sultan Selangor. 

    Mahkamah antara lain menerima keterangan pakar psikiatri forensik bahawa Yasin mempunyai sejarah gangguan bipolar yang didokumenkan sejak beberapa tahun sebelum kejadian.

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Lihat Diri Sebagai Penjenayah’ – Yasin Sulaiman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah