31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramona Zam Zam Tegur Budaya Soal Tambah Anak – ‘Saya Dah Lalui Lama, Lebih-Lebih Lagi Orang Melayu’

    Shopee Sale

    Pelakon Ramona Zam Zam meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir masyarakat yang gemar bertanyakan soalan berkaitan perancangan untuk menambah cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: ‘Potong Rambut Selepas Bapa Lumpuh’ – Ramona Zamzam Selesa Imej Berambut Pendek

    Artikel Berkaitan: ‘Artis Lebih Santai Berbanding Pempengaruh di Acara’- Ramona Zamzam Kongsi Pandangan

    Soalan tentang cahaya mata

    Menerusi perkongsian di Threads, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, mengakui sudah lali dengan soalan berkenaan namun tetap mengundang rasa sedih buat dirinya.

    Menurut Ramona, soalan tentang cahaya mata seolah-olah menjadi antara perkara utama yang sering dibincangkan dalam masyarakat kini.

    Nak tanya, orang yang bertanya tentang nak tambah anak ini sebenarnya mereka fikir apa?

    Sejujurnya, saya boleh terima soalan itu. Tapi saya sedih, sedih melihat keadaan masyarakat kita yang masih begitu. Sedih melihat ini saja yang orang peduli untuk tanya atau bincang.

    Saya dah melalui perkara ini bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi orang Melayu.

    Dalam pada itu, Ramona berpendapat cara seseorang melihat dan membicarakan perkara berkaitan kehidupan peribadi mungkin dipengaruhi oleh didikan serta persekitaran keluarga.

    MENARIK:  Saiful Nizam Anggap Satu Penghormatan Besar Kendalikan Majlis Perkahwinan Raja Muda Selangor – ‘Amanah Penuh Tradisi & Istimewa’ 

    Justeru itu, Ramona berharap agar masyarakat dapat menghentikan kitaran tersebut dengan tidak membiasakan diri bertanyakan perkara yang peribadi kepada orang lain.

    Kalau difikirkan semula, sikap seperti itu mungkin datang daripada ibu bapa, keluarga atau persekitaran mereka sendiri.

    Daripada mak ayah yang mempunyai pemikiran begitu, kemudian anak-anak pula terikut-ikut dan menganggap soalan mengenai perkara yang sama itu sesuatu yang biasa untuk ditanya.

    Tapi kalau anda sedar perkara itu sebenarnya tidak sepatutnya berlaku, tolong hentikan kitaran tersebut.

    Sumber: Threads @ramonazamzam

    The post Ramona Zam Zam Tegur Budaya Soal Tambah Anak – ‘Saya Dah Lalui Lama, Lebih-Lebih Lagi Orang Melayu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah