Penganjur Ultra Kalcer Malaysia 2026, iaitu Neptunes Present mengakui penyanyi Indonesia, Hindia merupakan artis yang sukar untuk dibawa ke festival muzik tersebut.
Artikel Berkaitan: Corat-Coret Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti, Suasana Intim Bersama Peminat
Sukar didapatkan

Ketika ditemui , Ketua Pegawai Eksekutif Neptunes Presents, Mohd Izwan Johar, memaklumkan bahawa jadual penyanyi itu yang padat menyebabkan pihaknya sukar untuk menjemput Hindia ke festival muzik berkenaan.
Sudah tentu paling mencabar adalah untuk mendapatkan Hindia.
Idea untuk Ultra Kalcer adalah untuk mendapatkan Hindia sebagai ‘headliner’, tapi semasa kami cuba mendapatkannya, dia agak sibuk dengan persembahan dan festival di Indonesia, jadi komunikasi antara kami agak susah juga.
Hindia juga baru-baru ini ada buat persembahan solo di Megastar Arena, tetapi kami tak sempat berjumpa kerana dia sibuk.
Walau bagaimanapun, setelah melakukan pelbagai usaha, akhirnya Hindia bersetuju untuk menyertai barisan penyanyi lain bagi menjayakan Ultra Kalcer Malaysia tahun ini.
Tambah Izwan, perkara tersebut tidak akan dapat direalisasikan tanpa bantuan kelab peminat Hindia di Malaysia.
Selepas itu, bila dia sudah pulang ke Indonesia, kami cuba berhubung semula dengannya, Alhamdulillah dia adalah penyanyi terakhir yang kami berjaya dapatkan untuk Ultra Kalcer ini yang mana pengesahan dibuat bersama Hindia berlaku minggu lalu.
Sebenarnya kami sudah pasrah apabila tak berjaya dapatkan Hindia.
Namun, saya bersyukur juga dengan bantuan kelab peminat Hindia di Malaysia, iaitu Team Hindia Malaysia kerana memujuk pihaknya untuk bersama-sama dalam festival ini.
Izwan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media festival muzik itu yang berlangsung di The Volume Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam masa yang sama, suami kepada aktres Nabila Huda itu turut berkongsi tentang kelainan menganjuran festival berkenaan dengan penampilan barisan penyanyi seperti Kris Dayanti, Barasuara, Rangkaian Fugo, Dukes, Pamungkas, Romantic Echoes & The Moonlight Knights, Belia Benci Club dan ramai lagi.
Kalau kita lihat daripada senarai artis yang membuat persembahan, ada kelainan daripada festival lain.
Mungkin ada beberapa artis sahaja yang sama, malah sepanjang buat perancangan ini, memang kami pilih artis yang berbeza supaya dapat memberi warna berbeza kepada festival nanti.
Kalau tengok kebanyakan festival akan ambil kumpulan sama terutama nama besar di Malaysia, tetapi kami cuba cari kelainan supaya tidak berulang dengan mana-mana festival lain.
Untuk info, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal berlangsung di KL Festival Park pada 7 dan 8 November ini.
Jualan tiket telah bermula sejak 4 September lalu dan boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.bbo.events.com.
The post ‘Hindia Penyanyi Terakhir Kami Berjaya Dapatkan, Pengesahannya Seminggu Lalu’ – Penganjur Ultra Kalcer first appeared on OHBULAN!.





