Penyanyi dan penyanyi MK K-Clique tidak menghalang sekiranya anaknya, Aya Rayana, 2, berminat untuk menceburi bidang seni suatu hari nanti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MK K-Clique Agih Duit Raya RM10, Netizen Doa Murah Rezeki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fans Jarang Upload, Saya Pun Tak Nampak Posting Mereka’ – MK K-Clique Hargai Sikap Peminat Hormati Privasi Anak
MK tak halang minat anak

Ketika ditemui , MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 30, bagaimanapun berkata dia tidak mahu mendesak anaknya untuk terlibat dalam industri hiburan pada usia terlalu muda.
Tak ada tawaran apa-apa sebab anak saya pun masih kecil lagi. Jadi saya tak nak desak sangat kehidupan dia.
Saya nak dia membesar secara normal seperti kanak-kanak biasa. Tapi sekiranya ada tawaran, saya akan tanya isteri.
Kalau tawaran komersial kanak-kanak, InsyaAllah tak ada masalah. Tengok pada rezeki.
Dalam pada itu, MK berkongsi anak perempuannya itu sudah mula menghafal beberapa lagu nyanyiannya termasuk Pulang, Risiko dan Mimpi.
Anak saya tu menyanyi lagu dan menari lagi. Sebelum ni memang dia selalu ikut saya ke show tapi hanya duduk dalam kereta, tengok dari tingkap je.
Jadi dia tahu bapa dia pergi buat show, RAP. Tapi sekarang ni dia duduk tepi pentas dan tengok saya buat persembahan.
Ditanya mengenai kemungkinan Aya mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi rap, MK berkata dia tidak mempunyai sebarang halangan dan akan memberikan sokongan sekiranya itu merupakan minat anaknya.
Kalau anak saya berminat untuk jadi rapper, tak ada masalah dan terpulang pada dia. Saya terbuka dan mahu yang terbaik untuk dia.
Saya tak ada halangan dan tak mahu menghadkan pergerakan dia tapi saya nak besarkan dia dalam ajaran agama yang cukup dan berguna untuk masyarakat.
Saya tak tahu ke depan tu macam mana, saya ada untuk bimbing dia. Yang penting dia tahu apa yang patut dan tak patut buat, tahu baik dan tak baik serta halal dan haram.
Tambah MK, dia dan isteri, Hajar, juga tidak pernah berbincang mengenai penglibatan anak mereka dalam industri kerana kini mereka lebih fokus kepada perkembangan Aya.
Sejujurnya saya dan isteri tak pernah berbincang tentang hal ini (penglibatan anak dalam industri) sebab kami sibuk tengok progress dia membesar.
Saya nak anak saya enjoy dengan kehidupan kanak-kanak dia dan saya enjoy sebagai seorang bapa.
The post [VIDEO] ‘Kalau Dia Berminat Jadi Rapper, Tak Ada Masalah’ – MK Tak Halang Minat Anak first appeared on OHBULAN!.





