Pernah nampak satu jenama kereta bernama ‘Selamat’ muncul di media sosial dan tertanya-tanya jenama apa sebenarnya?
Rupa-rupanya, ‘Selamat’ bukan jenama kereta baharu, sebaliknya kempen Volvo Car Malaysia yang kini mencipta sejarah selepas merangkul Grand Effie pada Malaysia Effie Awards 2026.
Bukan itu sahaja, Volvo Car Malaysia turut membawa pulang gelaran Brand of the Year, selain menjadi jenama automotif pertama dalam sejarah Malaysia Effie Awards yang memenangi Anugerah Emas.

Pada malam berkenaan, kempen Selamat is Volvo merangkul Grand Effie, manakala Volvo memenangi Brand of the Year.
Kempen sama turut membawa pulang Gold bagi kategori David vs. Goliath (Situational), Bronze dalam kategori Automotive – Vehicles dan Finalist bagi kategori Multicultural – Products.
Dari pelekat misteri hingga jadi perbualan ramai
Dilancarkan pada awal tahun ini, kempen ‘Selamat’ bermula dengan pendekatan yang sengaja mencetuskan rasa ingin tahu.
Daripada pelekat penyamaran khas dan paparan luar digital yang penuh teka-teki, kempen berkenaan turut mencetuskan perbualan dalam media sosial sebelum identitinya akhirnya didedahkan.
‘Selamat’ bukanlah jenama EV baharu seperti yang mungkin disangka sesetengah orang.
Sebaliknya, ia menjadi cara Volvo Car Malaysia menghidupkan semula janji keselamatan yang menjadi sebahagian daripada identiti jenama itu selama beberapa dekad.
Menurut Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, kempen berkenaan diwujudkan bagi menjadikan keselamatan sesuatu yang lebih dekat dengan kehidupan seharian, bukan sekadar ciri pada sesebuah kenderaan.
“Dalam pasaran yang sangat kompetitif di mana setiap jenama melaungkan kehebatan teknologi masing-masing, nilai keselamatan berisiko menjadi sekadar ‘satu lagi ciri’ – sering disebut, tapi jarang benar-benar dirasai.
“Objektif Selamat bukanlah sekadar untuk mencetuskan sebutan ramai, tetapi ia adalah usaha untuk meletakkan kembali nyawa manusia sebagai nadi utama mobiliti,” katanya.
Kenapa pilih nama ‘Selamat’?
Pemilihan perkataan ‘Selamat’ bukan dibuat secara rawak.
Menurut Volvo Car Malaysia, perkataan itu digunakan lebih 650 juta kali di seluruh negara menerusi ucapan harian seperti ‘Selamat Pagi’ dan ‘Selamat Jalan’.
Lebih daripada sekadar ucapan, ‘selamat’ juga membawa maksud perlindungan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Konsep itu kemudian dikaitkan dengan isu keselamatan jalan raya, termasuk realiti kemalangan jalan raya yang masih menjadi antara punca utama kematian dalam kalangan golongan belia di Malaysia.
Daripada mengetengahkan senarai ciri keselamatan atau jargon teknikal, Volvo memilih untuk membawa mesej yang lebih dekat dengan pengalaman manusia.
Pendekatan itu dilaporkan menghasilkan respons emosi sebanyak 90.8%, sekali gus mengukuhkan perkaitan antara konsep ‘Selamat’ dengan Volvo.
Mesej yang cuba disampaikan cukup mudah, keselamatan bukan hanya tentang keadaan ketika semuanya berjalan lancar, tetapi juga perlindungan apabila perkara tidak dijangka berlaku.
Bukan sekadar kempen digital
Untuk menjadikan konsep itu lebih dekat dengan orang ramai, Volvo Car Malaysia turut membawa kempen berkenaan ke ruang fizikal.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk konvoi kereta penyamaran misteri di sekitar Kuala Lumpur, Selamat Driving Experience di Sepang serta pameran sebuah Volvo XC90 yang rosak teruk akibat kemalangan.
Menurut Ian Lim dari LAB Activations, pengalaman secara langsung itu memberi peluang kepada orang ramai melihat dan merasai sendiri aspek keselamatan yang diketengahkan.
Dalam masa sama, kempen digital turut memainkan peranan bagi mencetuskan perbualan dalam komuniti menerusi kandungan, pencipta kandungan dan pempengaruh.
Gabungan strategi media, kandungan, pengalaman fizikal dan perbualan digital itu membantu membawa kempen ‘Selamat’ keluar daripada format pengiklanan biasa.
Di sebalik kempen yang mencuri perhatian itu, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan enam rakan agensi, iaitu Invictus Blue, Grey Malaysia, Dox Digital, LAB Activations, Directors Think Tank dan Live Experience.
Ketua Pegawai Kreatif Grey Malaysia, Graham Drew, berkata idea utama kempen adalah untuk menghubungkan perkataan ‘Selamat’ dengan Volvo sehingga kedua-duanya menjadi satu perkaitan yang mudah difahami.
“Selamat ialah perkataan yang sememangnya diketahui, digunakan dan difahami secara naluri oleh rakyat Malaysia, manakala Volvo pula telah meluangkan masa berdekad-dekad untuk membina imej keselamatannya,” katanya.
Kemenangan Grand Effie itu hadir sejurus selepas Volvo Car Malaysia melancarkan evolusi SUV keluarga utamanya, Volvo EX90.
Dengan ‘Selamat’ bakal diteruskan sebagai platform bertema jangka panjang, Volvo Car Malaysia merancang lebih banyak inisiatif pendidikan, pengalaman acara dan kempen berkaitan mobiliti lebih selamat serta kesejahteraan komuniti di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Car Malaysia, layari laman rasmi Volvo Car Malaysia atau follow Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.
The post Kempen ‘Selamat’ Bawa Volvo Cipta Sejarah Di Effie 2026 first appeared on OHBULAN!.





