26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Layak Ada Kawan Sebab Tak Pandai’ – Luahan Murid Undang Sebak, Tasha Manshahar Titip Nasihat

    Shopee Sale

    Perkongsian penyanyi Tasha Manshahar tentang muridnya yang kurang keyakinan diri telah mendapat perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Guna Nama Nadia Dari Hari Pertama Berkhidmat Sebagai Guru’ – Tasha Manshahar

    MENARIK:  Kaki Dikepak Sehingga 90 Darjah, Doktor Pelatih Maut Dibunuh & Dirogol Selepas 36 Jam Bekerja Tanpa Henti

    Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Ainan Tasneem Rancang Buat Konsert Bersama Tasha Manshahar – ‘Ajak Najwa Latif Sekali Please’

    Luahan anak murid

    " data-video-id="7616023193362418965" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @iamtashamanshahar

    Asalnya I saja-saja record video sendiri tengah tanda buku sambil tunggu murid-murid siapkan tugasan. Tiba-tiba ada murid datang mengadu yang this girl cakap dia tak layak ada kawan. Kita pulak taktahu boleh dengar benda macam ni. So terakamlah conversation ni. Hopefully ada kebaikan daripada perkongsian ni. Jangan taktahu, bukan adults je ada rasa insecure. Kids nowadays are already developing insecurities at such a young age because of many factors. Ini biasa je sebenarnya. Tanyalah mana-mana cikgu, we’ve seen worse than this. Some lessons aren’t from books. Sometimes it’s just reminding a child that they are capable and loved. #teacherslife

    ♬ slow piano music(1297827) – syummacha

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Tasha sedang menanda buku-buku latihan pelajarnya sebelum dia didatangi oleh seorang murid.

    Murid tersebut kemudian mengadu kepada Tasha dengan penuh rasa rendah diri dan merasakan tidak layak untuk mempunyai rakan kerana menganggap dirinya kurang pandai.

    Bukan itu sahaja, pelajar tersebut turut merasa kurang yakin dengan wajah dan suaranya.

    Saya tak layak ada kawan sebab saya tak pandai. Saya tak siap kerja awal.

    Muka saya macam lelaki. Suara saya tak sedap.

    Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Tasha atau nama lengkapnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, memberi kata-kata semangat dan menasihati muridnya itu.

    Itu bukan tak pandai, itu awak teliti.

    Awak ini antara murid paling cantik yang saya pernah jumpa.

    Siapa kata suara awak tak sedap? Masa saya kecil dulu suara saya sama macam awak bila saya dah besar boleh menyanyi.

    Tak ada orang yang tak pandai, yang ada cuma orang yang belum pandai dan belum tahu. Bila kita belajar dan rajin, lama-lama mesti akan pandai.

    Jangan putus asa. Allah ciptakan awak sempurna, awak adalah anak kebanggaan ibu ayah. Saya pun bangga dengan awak.

    Saya pun nak kawan dengan awak. Bestie! Nanti kita cari kawan sama-sama.

    Menurut pelantun lagu Be Mine itu, dia menyaksikan perkara tersebut sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak, yang dipercayai disebabkan oleh pelbagai punca.

    Jangan tak tahu, bukan orang dewasa sahaja yang mempunyai rasa tidak yakin pada diri. Kanak-kanak sekarang pun sudah mula mengalami rasa tidak yakin diri pada usia yang sangat muda disebabkan oleh pelbagai faktor.

    Ini biasa je sebenarnya. Tanyalah mana-mana cikgu, kami tengok ada lagi yang lebih teruk.

    Sumber: TikTok Tasha Manshahar

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Layak Ada Kawan Sebab Tak Pandai’ – Luahan Murid Undang Sebak, Tasha Manshahar Titip Nasihat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah