34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bidaah’ Drama Paling Popular Di Penstriman Malaysia & Indonesia

    Shopee Sale



    ‘Bidaah’ meraih populariti luar biasa apabila menjadi drama #1 paling popular di platform penstriman bukan sahaja di Malaysia, malah di platform Viu Indonesia.

    Drama yang dibintangi oleh dan Riena Diana ini juga berjaya memperoleh lebih daripada 134 juta tontonan serta 44 juta capaian di media sosial.

    Kalahkan drama korea

    drama bidaah

    Drama bersiri Bidaah terbitan Erma Fatima yang ditayangkan sejak 6 Mac 2025 ini menduduki tangga pertama mengatasi drama bersiri Korea popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group di platform Viu.

    Di Indonesia secara umum, komen di media sosial menyatakan bahawa drama ini sangat relevan dan dekat dengan realiti kehidupan penonton Indonesia. Bukan itu sahaja, data daripada Google Trends menunjukkan drama Bidaah juga menjadi antara carian paling popular di Thailand, Singapura dan Brunei.

    Bidaah mengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein). Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran rohani kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.

    MENARIK:  Tips Memilih Sabun Badan Mengikut Jenis Kulit

    Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnul Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah telah tersasar. Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.

    Episod 1 hingga 9 siri ini kini boleh distrim di Viu. Berbaki 6 lagi episod dengan setiap episod baru disiarkan setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Ia boleh ditonton di aplikasi Viu, yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta di web http://www.viu.com.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah