27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Dapat Markah 39/100 Untuk Subjek Matematik Di Sekolah’ – Hawa Rizwana

    Shopee Sale

    Pengacara terkenal, Hawa Rizwana, berkongsi bahawa dia sentiasa berpegang pada prinsip untuk tidak mudah berputus asa dan akan terus menggandakan usaha sehingga mencapai kejayaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Kongsi Momen Bersama Afgan, Netizen ‘Ship’ Muka Sama – ‘Kenapa Kami Yang Tersipu Malu’

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Mengandung, Suami Yang Alami Alahan – ‘Macam Ini Rupanya Perasaan Ibu Hamil Ya?’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Kecewa Video Bersukan Dirakam Tanpa Pengetahuan – ‘Disunting Hingga Jatuhkan Maruah Sebagai Seorang Wanita’

    ‘Kalau saya tak dapat, saya usaha lagi’

    " data-video-id="7605743672532978951" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kitakitaajepodcast

    The infamous Hawa Rizwana in the house! Namanya meningkat naik bukan disebabkan kontroversi tapi berdiri di atas bakat sendiri. “The struggle is real”. Hawa buka cerita, struggle apa yang beliau hadapi untuk sampai ke tahap ini? Nantikan Kita Kita Aje Podcast. 📆 Khamis | 12 Februari 2026 ⏰ 8.00 malam #KitaKitaAjePodcast #HawaRizwana #PodcastMalaysia

    ♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

    Menerusi potongan klip podcast Kita Kita Aje! di TikTok, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 31, mendedahkan bahawa meskipun dia pernah memohon untuk memasuki sekolah perempuan, dia akhirnya diterima di Sekolah Menengah Sains Muar.

    Hawa berkongsi bahawa pengalamannya mengambil subjek Matematik Tambahan sangat mencabar, apabila dia hanya memperoleh 3 markah daripada 100.

    Dalam hidup saya, kalau tak dapat sesuatu itu, sekarang saya perlu berusaha lagi untuk dapat.

    Saya pernah mohon untuk masuk ke semua sekolah perempuan, tetapi dapat tawaran untuk masuk Sekolah Menengah Sains Muar Tanjung Agas di Johor.

    Saya masih ingat, pertama kali saya ambil peperiksaan subjek Matematik Tambahan, saya dapat 3 markah sahaja daripada 100.

    Kurang satu markah untuk lulus

    Berkongsi lebih lanjut, Hawa menceritakan bahawa dalam peperiksaan Matematik Moden, kebanyakan pelajar memperoleh markah 80 ke atas, manakala dia tersenarai di kedudukan tercorot.

    Tambah Hawa, dalam sistem sekolah berasrama, kedudukan dan markah dipaparkan berdasarkan ‘ranking’ subjek.

    Sewaktu peperiksaan bagi subjek Matematik Moden, semua pelajar dapat markah 80 dan ke atas.

    Dalam senarai nama pelajar, nama saya berada di kedudukan bawah sekali.

    Sebab dalam sistem sekolah asrama, akan ada senarai ranking semua subjek.

    Subjek Bahasa Inggeris, Sejarah dan lain-lain saya okay, tapi untuk Matematik Moden, saya hanya mendapat 39 daripada 100.

    Kalau nak lulus perlu dapatkan markah 40 sekurang-kurangnya.

    Sumber: TikTok Kita Kita Aje Podcast

    The post [VIDEO] ‘Saya Dapat Markah 39/100 Untuk Subjek Matematik Di Sekolah’ – Hawa Rizwana first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah