29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noor Kumalasari Terima Tawaran Belakon Dengan Bayaran RM100,000 – ‘Saya Tolak, Sebab Diminta Buka Tudung’

    Shopee Sale

    Seniwati, Noor Kumalasari mendedahkan pernah menerima tawaran berlakon dengan bayaran lumayan mencecah RM100,000, namun terpaksa menolaknya kerana produksi meletakkan syarat dia perlu membuka tudung.

    Artikel Berkaitan: ‘Tudung Macam ‘Daging’ Saya’ – Noor Kumalasari Titip Pesan, Niat Mesti Datang Dari Hati

    Ditawar RM100,000

    Noor Kumalasari, 70, berkata dia tidak sanggup menggadaikan prinsip dan pendiriannya untuk menerima tawaran lumayan itu kerana percaya rezeki datang daripada Allah SWT.

    Saya pernah menerima tawaran besar untuk membintangi sebuah siri televisyen dengan bayaran lebih RM100,000, namun saya terpaksa tolak sebab diminta membuka tudung.

    Pihak produksi memberitahu, mereka mahukan saya tanpa hijab, tetapi saya tetap dengan pendirian. Saya tidak sanggup membuka tudung demi apa-apa tawaran kerana percaya rezeki datang daripada Allah.

    Noor Kumalasari berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Datuk Yusof Haslam bersempena Festival Filem Malaysia ke-25 yang berlangsung di FINAS, Ulu Klang, pada Khamis.

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Mata itu turut menceritakan pengalaman bertemu seorang pelakon wanita yang berdepan situasi sama apabila diminta menanggalkan tudung demi menjayakan sebuah naskhah.

    Menurutnya, dia menasihati pelakon berkenaan supaya mempertimbangkan keputusan dengan sebaiknya dan berpesan tentang setiap rezeki yang sudah ditentukan Allah SWT.

    Saya pernah bertemu seorang pelakon wanita muda yang baru berhijab dan meminta pandangan saya mengenai perkara sama. Saya menasihatinya supaya membuat keputusan sendiri kerana setiap orang mempunyai pendirian masing-masing.

    Bagi saya, apabila seseorang sudah memilih untuk berhijab dan semakin mendekatkan diri kepada Allah, dia perlu fikir sama ada sanggup mengorbankan prinsip tersebut demi wang.

    Pelakon muda itu akhirnya turut membuat keputusan sama meskipun terpaksa melepaskan watak berkenaan. Sekurang-kurangnya, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana wang bukanlah segala-galanya dan hubungan dengan Allah jauh lebih penting.

    Dalam pada itu, adik kepada penghibur terkenal Anita Sarawak itu memberitahu masih menerima tawaran berlakon sehingga kini, namun belum terdetik untuk kembali aktif dalam bidang seni.

    Masih ramai yang menawarkan watak kepada saya sehingga sekarang. Bagaimanapun, ada antara tawaran tersebut yang hanya memerlukan penggambaran selama dua atau tiga hari sahaja.

    Saya menganggap jika Allah sudah menutup pintu rezeki saya dalam bidang lakonan, saya reda dengan ketentuan itu. Saya tidak mempunyai keinginan untuk kembali aktif berlakon, namun masih mengikuti drama televisyen dan menonton filem-filem lama.

    The post Noor Kumalasari Terima Tawaran Belakon Dengan Bayaran RM100,000 – ‘Saya Tolak, Sebab Diminta Buka Tudung’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah