29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dipaksa Makan Sebelum Dipukul Guna Getah Paip, Warga Emas Berkerusi Roda Maut 

    Shopee Sale

    Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai menjadi mangsa dera.

    Artikel Berkaitan: Lelaki 71 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak Majikan, Didakwa Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Mangsa

    Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah

    Lelaki maut didakwa didera

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

    Menurutnya, siasatan bermula selepas pihak polis menerima laporan mengenai satu rakaman video yang tersebar di TikTok pada 5 November lalu.

    Pada 5 November jam 10 pagi, polis menerima laporan berhubung satu video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an didera oleh beberapa individu.

    Mangsa telah meninggal dunia pada petang 4 November dan sejurus menerima laporan, polis menjalankan siasatan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Rakaman yang tular itu menunjukkan seorang lelaki warga emas yang berada di kerusi roda dalam keadaan lemah dipaksa makan sebelum seorang lelaki memukulnya menggunakan getah paip.

    MENARIK:  Kali Kedua Beraya Sebagai Ibu Tunggal, Shuhada Gembira Beraya Bersama Anak-Anak – ‘Syukur Mereka Dapat Banyak Baju Sponsor’

    Lebih mengejutkan, perbuatan tersebut turut berlaku di hadapan beberapa individu lain termasuk kanak-kanak.

    Dalam perkembangan sama, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu termasuk getah paip, kerusi roda, telefon bimbit dan pakaian.

    Alzafny turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

    Polis memberi jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Dipaksa Makan Sebelum Dipukul Guna Getah Paip, Warga Emas Berkerusi Roda Maut  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah