27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Dapat Hadapi Ujian Sekarang Dengan Tenang, Mungkin Hasil Amalan Bangun Solat Tahajud’ – Nora Danish

    Shopee Sale

    Pelakon, Nora Danish berkongsi bahawa sejak mula berhijrah, dia kerap menghadiri kelas agama yang menekankan kepentingan bangun awal pagi bagi menunaikan solat sunat tahajud sebagai cara menenangkan hati.

    Artikel Berkaitan: ‘Duit Raya Adalah Tanda Berkongsi Kegembiraan, Yang Penting Niat Untuk Bahagiakan Mereka’ – Nora Danish

    MENARIK:  Alif Satar & Faizal Tahir Anjur Program ‘Qiyam Macam Jumaat’, Suntik Kesedaran Tentang Isu Di G*za

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Kongsi Tips Khatam Al-Quran Di 10 Ramadan Terakhir – ‘Kurangkan Aktiviti Yang Tak Perlu, Fokus Pada Bacaan’

    Doa minta ketenangan

    " data-video-id="7625564141532499217" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mhafizulfaiz

    Tahajud 🌙@Habis.Cerita @DanishNora

    ♬ original sound – Hafizul Faiz – Hafizul Faiz

    Menerusi sebuah podcast bersama Habis Cerita, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 44, berkongsi bahawa dia mengamalkan solat sunat tahajud dan berdoa sebagai ikhtiar dalam memohon ketenangan hati.

    Tambahnya lagi, dia turut menunaikan solat sunat istikharah meskipun tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir.

    Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.

    Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan.

    Tetapi saya sendiri tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir dalam diri saya.

    Tenang hadapi ujian

    Ujar Nora lagi, ketika berdepan ujian hidup baru-baru ini, dia mendapati dirinya mampu menghadapinya dengan penuh ketenangan.

    Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.

    Jadi, saya merasakan ketenangan itu mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud, yang menjadikan diri saya lebih tenang.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Dapat Hadapi Ujian Sekarang Dengan Tenang, Mungkin Hasil Amalan Bangun Solat Tahajud’ – Nora Danish first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah