28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Dah Berdamai Dengan Takdir’ – Umisya Mazlan Terbuka Untuk Bersemuka Dengan Marissa Dania

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Umisya Mazlan mengakui dirinya kini sudah reda dan menerima sepenuhnya takdir kehidupan berpoligami yang dilaluinya.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Letak Syarat Atau Mengarah Segala Kejadian Dalam Rumah Tangga’ – Umisya Mazlan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Sedih Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Mereka Tak Bersalah’

    Umisya berdamai dengan takdir

    Ketika ditemui , Umisya berkata dia kini memilih untuk fokus kepada kehidupan masa depan dan tidak lagi mahu mengungkit hal-hal lama yang pernah berlaku dalam rumah tangganya.

    Saya sebenarnya dah okay dengan semua perkara dan dah pun berdamai dengan takdir sebab benda pun dah lama. Saya juga dah melalui kehidupan berpoligami ini di mana adanya giliran, tanggungjawab dan bahagian masing-masing.

    Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia kini lebih tenang dan bersyukur dengan setiap ujian yang datang.

    Saya bersyukur dengan apa yang sedang saya lalui ketika ini walaupun ada baik dan buruk. Saya tetap terima dan jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran.

    Sebenarnya saya tak nak dah bercakap perihal rumah tangga dan tak nak bercakap mengenai mana-mana pihak. Saya tak nak dah ingat perkara yang lepas sebab saya nak fokus ke hadapan.

    Begitu juga Aslam dengan isteri dia (Marissa) memang nak berubah dan tinggalkan perkara lepas.

    Umisya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu dashcam 70mai yang diadakan di 1 Utama, Petaling Jaya pada Rabu.

    MENARIK:  Tawaran Hebat di Lotus's Menyemarakkan Keriangan Raya Sama-Sama

    Sedia bertemu Marissa

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan madu yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, Umisya menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

    Mungkin boleh dipertimbangkan dan tak ada masalah pun dari pihak saya (untuk berjumpa).

    Kita tengoklah seperti mana yang Allah aturkan nanti.

    Terdahulu, Umisya menyorot perhatian apabila meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang mendakwa dia ‘mengawal’ kehidupan suaminya serta campur tangan dalam hal rumah tangga Aslam bersama Marissa.

    Sekadar info, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh iddah.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan Haya yang kini berusia sembilan bulan.

    Untuk rekod, Aslam turut mengahwini anak kepada aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

    The post [VIDEO] ‘Saya Dah Berdamai Dengan Takdir’ – Umisya Mazlan Terbuka Untuk Bersemuka Dengan Marissa Dania first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah