29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Bersyukur & Percaya Walaupun Banyak Dosa Tetapi Allah Masih Sayangkan Saya’ – Nazim Othman

    Shopee Sale



    nazim

    Pelakon Nazim Othman berkongsi dengan pengikutnya di media sosial tentang kebesaran dan keampunan Allah SWT.

    Percaya pada Allah

    nazim

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman meluahkan pandangannya tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang insan.

    Kadang kala dalam kehidupan, bila ada perkara yang berlaku tidak seperti dirancang, jadi kita akan ada rasa kecewa.

    Apabila ianya berlaku, kita akan rasa memberontak dan akan terfikir untuk buat benda yang bukan-bukan.

    Bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana Allah SWT masih melindungi dan menerima sebagai hambaNya meskipun terpalit dengan dosa.

    Tapi saya sangat bersyukur kerana saya percaya bahawa walaupun banyak dosa, Allah masih sayangkan saya. Kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk tetapi ianya tidak berlaku.

    Awak tahu tak rasanya bagaimana Allah sayang kita, itu yang saya rasa. Sangat indah. Amazing, life is good.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian pelakon drama Wanita Syurga tersebut.

    Ya, life is good kalau kita berfikiran positif dan selalu ingat dekat Allah.

    Saya suka sharing yang macam ini. Terima kasih Nazim.

    Kita jaga Allah, Allah jaga kita. Buat yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarang.

    MENARIK:  Biduanita Negara Bakal Lancar Lagu Raya, Puji Hasil Ciptaan Aisha Retno – ‘Anak Muda Yang Hebat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah