
Warganet hari ini dikejutkan dengan isu perceraian kali kedua pasangan usahawan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah.
Keadaan Siti
? original sound – sitijamumall – sitijamumall
Menerusi hantaran terbaharu, admin akaun TikTok usahawan itu berkongsi keadaan terkini Siti Jamumall yang kelihatan sayu selepas dirinya diceraikan ketika sesi siaran langsung.
Keadaan Siti, depresi, anxiety dan perlukan sokongan.
Maaf bagi mereka yang menghubungi, Siti belum bersedia untuk jawab sebarang soalan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Siti Jamumall.
Justeru, mereka memberikan kata-kata semangat untuknya agar kuat menghadapi ujian berat itu.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.





