28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian 10 Anggota FRU Imbau Semula Tragedi Di Karak 35 Tahun Lalu

    Shopee Sale



    Semalam, kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan 10 anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berlanggar dengan sebuah lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

    Kemalangan itu seakan mengimbau kembali tragedi yang hampir sama berlaku pada 28 Februari 1990.

    Foto: Berita Harian

    Memetik laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku di Kilometer (KM) 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang itu melibatkan sepasukan anggota FRU dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dalam perjalanan untuk menjalani latihan di Kuala Terengganu.

    Ketika kejadian, anggota FRU terlibat berada dalam trak paling hadapan bersama empat kenderaan FRU lain sebelum mereka dirempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

    Pertembungan yang berlaku menyebabkan trak terperosok ke bawah bas sebelum bahagian badannya dihentam sebuah lori tangki minyak yang cuba untuk mengelak pelanggaran tersebut.

    MENARIK:  Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukum Kahwin Adik Beradik Tanpa Sengaja & Lafaz Cerai [VIDEO]

    Hasil siasatan yang dibuat mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek bas yang menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal ketika menuruni bukit.

    Nahas yang mengorbankan 11 anggota FRU itu turut membabitkan 12 kenderaan lain.

    Dalam kejadian tersebut, lima anggota FRU meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam lagi menghembuskan nafas terakhirketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

    Mereka yang terkorban adalah Koperal Mohd Hilmi Ismail, Koperal Saaid Hassan, Lans Koperal Shahimi Lazim, Lans Koperal Mohd Som Puteh, Konstabel Mohd Lazim Admin, Konstabel Abd Razak Sharif, Konstabel Wan Mazland Bidin, Konstabel Mohd Razali Bidin, Konstabel Mohd Samsudin Hamad, Konstabel Sazali Hussin dan Konstabel Kok Kiong.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah