28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sampaikan Mak Persoalkan Ramai Kawan Lelaki Bujang Kenapa Pilih Duda?’ – Lisdawati

    Shopee Sale

    Pelakon Lisdawati berkongsi pengalamannya tentang jodoh, menyatakan bahawa sebelum ini dia mempunyai beberapa kenalan lelaki, namun tiada seorang pun yang mengajaknya berkahwin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauzi Nawawi & Lisdawati Sertai Himpunan RXZ, Pakaian Sopan Jadi Tumpuan – ‘Penampilan Rider Muslimah Memang Rare’

    MENARIK:  Apa Yang Menyatukan Rakyat Malaysia? Jawapannya Mungkin Ada Di Warung FGV

    Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tahan Sabar Sikap Panas Baran Suami, Lisdawati Akui Setiap Rumah Tangga Ada Ujian

    ‘Mak juga persoalkan kenapa duda?’

    " data-video-id="7613193651077811474" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tooprettytohandle_

    @lisdawati_15 @theonlyfauzinawawi : RAMAI LELAKI BUJANG DUDA JUGA YANG KAU PILIH! #estikamedispa #tooprettytohandlepodcast #sitijewelsmalaysia #lisdawati #fauzinawawi

    ♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

    Menerusi potongan klip podcast Too Pretty to Handle di TikTok, Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, mendedahkan bahawa hubungan sebelum ini hanyalah sekadar berkawan tanpa sebarang niat yang serius.

    Sebelum ini memang saya ada beberapa kawan lelaki tetapi tiada seorang pun yang nak masuk meminang atau ajak saya berkahwin.

    Semuanya hanya berkawan sahaja.

    Sampaikan mak saya pun persoalkan saya ramai kawan lelaki yang belum berkahwin kenapa pilih duda juga?

    Proses berkenalan cepat

    Menurut aktres drama bersiri ‘Spanar Jaya’ itu, permasalahannya ialah lelaki bujang tersebut langsung tidak menunjukkan minat untuk meminangnya dan hanya berdiam diri.

    Yang lelaki bujang ini tak ada seorang pun nak ajak saya kahwin, semua diam sahaja.

    Tapi bila saya dah bersetuju dengan Fauzi Nawawi, barulah ada yang kata nak masuk meminang saya.

    Tetapi bagi saya semua ini adalah aturan Allah.

    Ujarnya lagi, proses perkenalan dan pertunangan dengan suaminya yang juga seorang pelakon, iaitu Fauzi Nawawi berlangsung begitu cepat.

    Semasa itu saya cakap, bagi saya tengok dulu prosessnya macam mana.

    Kalau betul itu jodoh saya maksudnya okay, kalau tak ada jodoh, tak mengapa.

    Tapi rupanya proses itu laju sahaja dengan Fauzi Nawawi, beberapa bulan sahaja kenal, selepas itu kami bertunang selama 10 bulan dan berkahwin.

    Sumber: TikTok Too Pretty To Handle

    The post [VIDEO] ‘Sampaikan Mak Persoalkan Ramai Kawan Lelaki Bujang Kenapa Pilih Duda?’ – Lisdawati first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah