Tular sebuah video, memaparkan figura kontroversi, Nur Sajat dan rakannya, Roslan Shah melakukan aktiviti paranormal ketika berada di Singapura untuk merasai sendiri pengalaman seram.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Kongsi Momen Bertemu Sajat Di Singapura – ‘Kita Tak Layak Menghukum, Doa Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Didakwa Curi Wang RM66,000 Milik Pempengaruh Mangobossku? – ‘Berdiam Diri Bukan Bererti Salah’
‘Apa kita buat ni…’

Menerusi potongan klip video di TikTok, Sajat yang dilihat menyesali perbuatannya melakukan aktiviti itu mahu pulang namun ditegah oleh Roslan.
Menurut Roslan, mereka tidak boleh berpatah balik dan perlu meneruskan aktiviti itu sehingga mereka jumpa jalan penamat.
Merepeklah hidup kita ini. Ya Allah, kenapalah saya buat perkara seperti ini.
Apa yang menarik perhatian, Sajat yang takut dengan perkara mistik itu mula menjerit hingga ditegur oleh Roslan.
Kata Roslan, dia tidak boleh berada dalam keadan terkejut kerana boleh terkucil secara tidak sengaja.
Sajat awak jangan pekik tau, nanti saya terkejut saya terkencing nanti.
Bagaimanapun, Sajat tetap menjerit hingga membuatkan Roslan terkencing dalam seluar dan menukar lampin ketika melakukan aktiviti paranormal.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya terhibur melihat dua sekawan itu.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Roslan Shah & Sajat Buat Aktiviti Paranormal, Netizen Mengekek ‘Part’ Tukar Pampers – ‘Merepek Lah Hidup Kita’ first appeared on OHBULAN!.





