29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Rockstar’ Pamer Sisi Lisa Sebagai Penyanyi Rap Berkelas Dunia!

    Shopee Sale



    Lisa

    Bintang terkenal asal Korea Selatan, Lisa tampil dengan buah tangan terbaharu buat peminatnya dengan melancarkan lagu berjudul ‘Rockstar’.

    ‘Rockstar’

    Lisa

    ‘Rockstar’ memperlihatkan kemampuan Lisa yang mampu menyanyikan lagu rap dengan lancar dan vokal bertenaga, terutama saat dia menyanyikan lirik “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.”

    ‘Rockstar’ adalah single solo pertama Lisa yang dikeluarkan di bawah kerjasama syarikat pengurusannya, LLOUD CO. bersama RCA Records dan merupakan terbitan Ryan Tedder dan Sam Homaee.

    Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh Lisa dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.

    Selain itu, Lisa juga berkongsi video rasmi ‘Rockstar’ yang merupakan arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.

    Muzik video tersebut dirakam di Bangkok dan memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand.

    Lisa pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di TikTok miliknnya dan berjaya memecahkan rekod dunia Guinness dengan memperoleh satu juta pengikut dalam waktu dua jam.

    MENARIK:  Isteri Yonnyboii Dedah Pembuli Suami Tidak Pernah Minta Maaf – ‘Ajak Bergambar Macam Kawan’

    Selepas dia mengumumkan single tersebut minggu lalu, ‘Rockstar’ disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan daripada para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain

    Selain kejayaannya dengan Blackpink, Lisa telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai penyanyi solo saat lagunya ‘Lalisa’ dan ‘Money’ memasuki carta top 10 Billboard Global 200.

    Lebih membanggakan ‘Money’ memegang rekod sebagai lagu paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah