
Pelakon Riena Diana mengundang perhatian ramai selepas meminta buah hatinya, Keith Foo menghalalkannya secepat mungkin kerana mahu memiliki cahaya mata sendiri.
‘Very soon‘

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, berkongsi video sedang mendukung seorang bayi perempuan.
Riena yang sedang hangat bercinta dengan Keith menyeru nama kekasihnya memandangkan mereka berdua sudah lama menjalinkan hubungan.
Cepat la Keith Foo, nak satu macam ni. Tak nak Walid. Janji Comel.
Cuba tag Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat. Terima kasih.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian Keith dan aktor itu menyatakan impian Riena akan dimakbulkan tidak lama lagi.
Very soon darling (tidak lama lagi sayang).
Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam oleh Riena selepas beberapa jam muat naik.
Impian setiap wanita

Sementara itu, pelakon drama Bidaah turut memuat naik hantaran di Instagram Stories selepas perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.
Nak ada anak dan keluarga itu impian setiap wanita. Kecoh la korang ni.
Tidak hanya itu, Riena turut memuat naik quotes berkaitan dengan rezeki di dunia dan bersetuju dengan ayat tersebut.





