26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Rasa Cepat Penat, Breakout & Brain Fog’ – Daiyan Trisha Amal ‘Gut Reset Diet’ 

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi mengenai pengalamannya mengamalkan diet selepas menyedari tentang tahap kesihatannya.

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Cari Cef Peribadi – ‘Perlu Menyediakan Makanan Harian Yang Sihat’

    MENARIK:  Jadual Kerja Erysha Emyra Padat Hingga 2025 – ‘Alhamdulillah, Tak Sangka Dengan Rezeki Dikurniakan’

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Kesal Akaun Palsu Sebar Fitnah Tukar Agama – ‘Saya Tak Faham Apa Motifnya’

    Amal diet

    " data-video-id="7601380569452268818" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @daiyantrisha22

    (perasaan sebenar hari ke-3 dilampirkan sekali dalam video)

    ♬ original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

    Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata, dia mengamalkan diet berikutan bimbang dengan simptom berkenaan ususnya.

    Saya buat video ini sebab saya nak kongsikan yang sebenarnya saya sudah hari kesepuluh melakukan gut reset diet. 

    Untuk diet ini, saya cut sugar, banyak protein, makanan laut dan daging saya tak makan. Saya makan ayam sahaja, itu pun ayam kampung dan juga ikan.

    Saya buat diet ini sebab saya perasan ada simptom leaky gut (simptom kebocoran usus) iaitu cepat penat, breakout, brain fog dan lembab.

    Justeru, Daiyan mengambil pendekatan untuk mendapatkan perkhidmatan cef peribadi bagi menjaga pemakanannya.

    Sebelum ini saya ada tanya tentang cef peribadi di Threads kerana panduan diet untuk saya sangat ketat. Saya sangat sibuk dan tak boleh sediakan makanan sendiri. 

    Boleh makan nasi tapi kebanyakan benda yang saya selalu makan selama ini sudah tak boleh dimakan.

    Demi kesihatan

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Penat itu mengakui pada awalnya agak sukar untuk melakukan diet tersebut, namun tetap positif untuk menyelesaikan insentif berkenaan dalam masa sebulan.

    Minggu pertama, saya tak selalu minum gula, tapi saya macam sugar withdrawal sikit dan rasa pening kepala tapi saya masih boleh berfungsi sebab tidak terlalu bergantung sangat.

    Tapi saya masih bergelut, saya baru sedar yang saya sangat bergantung pada makanan untuk kawal emosi. 

    Saya memang makan makanan sihat, cuma kadang-kadang kita teringin nak makan makanan kegemaran..contohnya makanan gorengan dan sebagainya.

    Saya rasa okay tapi saya tak sabar nak habiskan ini walaupun ia agak intensif. Saya kena buat ini selama sebulan. 

    Saya dapat tahu yang saya alahan kepada udang dan ketam, yang mana saya sudah makan sepanjang hidup saya. Jadi ia mungkin memberi kesan kepada usus, saya rasa itulah antara masalahnya. 

    Justeru, Daiyan menasihati orang ramai agar sentiasa mengambil berat dan tidak mengabaikan kesihatan mereka.

    Terdahulu, menerusi perkongsian di Threads, Daiyan memberitahu bahawa dia memerlukan seorang cef yang berkemahiran dalam menyediakan hidangan harian berkonsepkan pemakanan sihat.

    Sumber: TikTok Daiyan Trisha 

    The post [VIDEO] ‘Rasa Cepat Penat, Breakout & Brain Fog’ – Daiyan Trisha Amal ‘Gut Reset Diet’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah