Personaliti media sosial Budak 46, mendedahkan ramai individu berhasrat yang ingin memberi sumbangan kepadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak 46 Dedah Hidap Retinitis Pigmentosa, Penglihatan Semakin Kabur
Masih mampu bekerja
Menerusi hantaran di TikTok, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi bagaimanapun, menegaskan bahawa dia tidak mahu menerima sumbangan berupa wang daripada orang ramai.
Menurutnya, dia masih mampu untuk mencari rezeki sendiri walaupun mempunyai batasan.
Adik aku telefon, dia beritahu ada orang asyik minta QR (Kod Tindak Balas Cepat).
Tak perlu. Dari segi duit tak payahlah, saya tak mahu.
Saya selagi boleh buat affiliate, saya akan buat.
Tapi saya kadang-kadang ada masa muat naik video, ada masa tidak. Namun tidaklah sampai sebulan saya tak muat naik video.
Dalam masa yang sama, Budak 46 tetap optimis untuk menjalani kehidupannya meskipun harus menempuh ujian.
Dalam hidup ini kita kena teruskan, pedulikan apa yang orang nak cakap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pendirian Budak 46 yang berusaha atas kudrat sendiri tanpa mengharapkan orang lain atau mengambil kesempatan.
Terdahulu, Budak 46 mendedahkan dirinya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur.
Menurutnya, pada mulanya dia hanya mengalami masalah rabun ketika berusia empat tahun sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’ first appeared on OHBULAN!.





